Pemimpin kanan Hamas, Mahmoud Al-Zahar (tengah) bersama wakil lain meraikan pengumuman gencatan senjata tanpa had di Gaza, kelmarin. - Foto: AFP |
KAHERAH - MESIR . Permintaan perjanjian gencatan senjata kekal yang selama ini ditagih penduduk Palestin di Genting Gaza akhirnya tercapai selepas 50 hari atau tujuh minggu pertempuran paling dahsyat pernah tercetus.
Menurut wakil Hamas Khaled al-Qaddoumi, penduduk Palestin menganggap gencatan senjata itu amat bererti dan merupakan kejayaan paling besar buat mereka.
"Gencatan senjata ini akan melenyapkan wilayah sekatan yang wujud sejak tujuh tahun lalu. Ini adalah kejayaan rakyat Palestin yang selama ini tidak henti berjuang atau takut dengan ancaman Israel.
Beliau berkata, kemenangan ini adalah buat semua rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan penduduk awam yang kehilangan nyawa.
Kelmarin, di Gaza, ribuan penduduk berada di jalan raya bagi meraikan gencatan senjata terbaharu itu dengan setengahnya melepaskan tembakan ke udara iaitu terdiri daripada pejuang Hamas bersenjata.
Media melaporkan, penduduk bertepuk tangan dengan berbaris panjang di jalan raya sambil menyanyikan lagu kemenangan mengibarkan bendera besar Hamas berwarna hijau.
Di masjid, ucapan kesyukuran jelas kedengaran menerusi pembesar suara.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana perang sudah tamat. Saya tidak percaya, bahawa kami sekeluarga masih bernyawa,” kata seorang penduduk Maha Khaled.
“Ia satu peperangan amat kejam. Saya tidak pernah sangka yang saya akan melihat semula keamanan selepas ini,” katanya.
Sementara itu, kenderaan pula tersekat di jalan raya apabila pemandu membunyikan hon berterusan dengan wanita dan kanak-kanak berkejaran meraikan kemenangan.
Kelihatan juga beberapa remaja memanjat bumbung rumah dan bangunan sambil mengibarkan bendera.
Semalam, beberapa bot nelayan mula kelihatan di pantai sekitar Gaza untuk memulakan aktiviti laut.
Perang tujuh minggu itu tamat selepas menyaksikan lebih 1.8 juta penduduk Palestin terpaksa meninggal rumah kerana ketakutan, dipetik dari laporan Agensi.

No comments:
Post a Comment