Thursday 28 August 2014

Sebab Utama Islam Perangi Yahudi – Al-Qaradawi

Qaradawi
Qaradawi
Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf Al-Qardawi menjelaskan bahawa permusuhan umat Islam dengan kaum Yahudi adalah disebabkan mereka telah merampas tanah milik umat Islam iaitu bumi Palestin.
Yahudi juga telah menghalau penduduk asalnya dan memaksa bangsa Yahudi duduk menetap di tanah rampasan tersebut.
Disebabkan hakikat ini, jalan keluar ialah dengan menggunakan pedang iaitu jalan peperangan, bukan lagi jalan rundingan atau penulisan.
Dalam tulisannya yang disiarkan di laman web Kesatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf berkata, peperangan ini akan berterusan sehinggalah tanah milik umat Islam itu dikembalikan.
“Mereka perlu tunduk kepada umat Islam. Setelah itu, barulah peperangan ini berakhir,” katanya.
Bercakap mengenai gencatan senjata, Dr Yusuf berkata ia boleh dilakukan sama ada dalam masa yang singkat atau panjang, dengan tujuan menghentikan serangan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak, tetapi bukan dengan alasan tunduk kepada Yahudi.
Tambahnya, sikap mahu menyerah kalah dengan memberikan tanah demi mencapai keamanan bukanlah jalan keluar, kerana tanah itu adalah milik umat Islam, bukannya milik Yahudi.

“Sebarang perjanjian juga terbatal sekiranya pihak Yahudi mendapat seiinci tanah daripada tanah umat Islam,” katanya lagi.
Perjuangan umat Islam dalam mempertahankan hak dan tanah air adalah perjuangan berasaskan agama. Beliau merujuk firman Allah di dalam Al-Quran di dalam Surah An-Nisa’ ayat ke-71 yang mengatakan bahawa orang beriman berperang di jalan Allah manakala orang kafir berperang di atas jalan taghut.
Bahkan katanya, peperangan di Palestin adalah amat dituntut disebabkan di situlah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat mikraj baginda Nabi dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj dan juga merupakan kiblat pertama umat Islam.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/08/sebab-utama-islam-perangi-yahudi-al.html

No comments:

Post a Comment