Thursday, 28 August 2014

Hamas menang? (Siri II)



Kemenangan dalam peperangan moden tidak diukur dengan berapa banyak kemusnahan dan hentaman pihak musuh.

Cuba perhatikan pesanan Sami Abu Zuhri kepada settlers (pendatang haram yahudi yang membina penempatan/rumah) di sempadan Gaza.

Mereka boleh pulang ke rumah-rumah mereka dengan selamat. Pendatang yang sama sebelum ini diberi jaminan oleh Perdana menteri mereka sendiri, Benyamin Netanyahu. Namun mereka enggan pulang kerana tidak yakin dengan jaminan dari israel sendiri.

Namun apabila jaminan ini datang dari HAMAS, rasanya mereka akan lebih tenang. Namun mereka harus ingat jika Israel mengkhianati perjanjian gencatan senjata ini merekalah yang menanggung risiko terbesar dari pengkhianatan tersebut.

Siapakah di sini yang menguasai keadaan? Israel atau HAMAS? Ini satu lagi ukuran untuk membuat kesimpulan siapa kini yang menentukan hala tuju konflik/pertembungan di antara Gaza dan Israel. Siapa yang menguasai lapangan sebenarnya dan siapa sebenarnya yang ada kelebihan atau berada pada posisi untuk mengambil suatu inisiatif yang menguatkan kedudukan mereka.

HAMAS now holds the card to shape the future of the conflict. The initiative now is no longer Israel's.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia.

***
Bantuan anda sejumlah RM5.08 juta telah disalurkan di dalam Fasa 1 OperasiBadar. Bagaimana bantuan disampaikan semasa perang? Baca di sini: http://on.fb.me/1q9aPN4. [Ph]
 

No comments:

Post a Comment