Persetujuan gencatan senjata itu yang dicapai kelmarin turut menyaksikan Israel dan Hamas mendakwa menang dalam perang yang bermula 8 Julai itu.
Sehubungan itu, jutaan penduduk di Gaza dan sekitar kawasan pertempuran menikmati tidur paling nyenyak, kali pertama sejak 50 hari.
“Tentera Israel menghentikan semua serangan selepas gencatan senjata itu dipersetujui. Pejuang Palestin juga berhenti menembak roket,” kata seorang jurucakap tentera Israel, 12 jam selepas gencatan senjata bermula.
“Tentera Israel menghentikan semua serangan selepas gencatan senjata itu dipersetujui. Pejuang Palestin juga berhenti menembak roket,” kata seorang jurucakap tentera Israel, 12 jam selepas gencatan senjata bermula.
WARGA Palestin berhimpun di Gaza City bagi meraikan kejayaan Hamas memaksa Israel tunduk kepada tuntutan mereka.
SEORANG pejuang Palestin dijulang oleh penduduk Gaza City sebaik gencatan gencatan senjata dicapai. |
WARGA Palestin berhimpun di Gaza City bagi meraikan kejayaan Hamas memaksa Israel tunduk kepada tuntutan mereka. |
Perjanjian yang berkuatkuasa pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia) dialu-alukan oleh Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon yang turut menyuarakan harapan ia mampu menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.
Israel dan Hamas masing-masing mendakwa mereka menang dalam peperangan itu.
Bagaimanapun, penganalisis mengambil pendekatan lebih realistik, malah akhbar Israel, Maariv menganggapnya ‘seri’.
Ada penganalisis yang berkata, kedua-dua pihak mempersetujui gencatan senjata itu kerana keletihan selepas bertempur selama tujuh minggu hingga meragut nyawa 2,143 rakyat Palestin dan 70 Israel.
Pihak Palestin menganggap keadaan itu sebagai gencatan senjata berkekalan manakala seorang pegawai kanan Israel berkata gencatan senjata itu ‘tidak bersyarat dan tiada had masa.’
Di Gaza, 1.8 juta penduduknya meraikan gencatan senjata itu dengan menganggapnya kemenangan Hamas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, kumpulan pejuang Palestin itu berkata, ia berjaya menyebabkan kerugian besar di pihak Israel, merujuk kepada 64 askar Zionis yang terbunuh dalam peperangan itu, yang terbesar dialami negara Yahudi itu sejak 2006.
“Perjuangan rakyat Palestin mencapai kemenangan dari segi ketenteraan sebelum perang berakhir kerana keberanian kita dalam menghadapi senjata keganasan Zionis,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, penduduk Palestin semalam meluahkan persaan rasa gembira dengan perkembangan yang berlaku.
“Buat kali pertama sejak beberapa minggu lalu kami tidur nyenyak tanpa dihantui bunyi pesawat pejuang atau kebimbangan diserang,” kata Mutaz Shalah yang ditemui ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya, kali pertama sejak 8 Julai lalu.
Seorang lagi, Alaa al-Jaro berkata: “Kami dapat tidur. Sungguh nikmat apabila mampu berehat sepenuhnya selepas tentera Israel menamatkan keganasan mereka.”- AFP
No comments:
Post a Comment