Saturday 2 August 2014

Israel cabul gencatan senjata

Israel cabul gencatan senjataBom disasarkan ke penduduk awam ketika genjatan senjata 

Bandaraya Gaza: Israel mengisytiharkan menamatkan gencatan senjata hanya kira-kira dua jam selepas ia bermula semalam, dan melepaskan bedilan yang membunuh sekurang-kurangnya 50 penduduk Palestin.

Mereka sebaliknya menuduh pejuang Hamas melanggar perjanjian yang diatur Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dengan membedil roket dan mortar.

Perjanjian gencatan senjata selama 72 jam yang diumumkan oleh Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, itu adalah cubaan paling besar setakat ini untuk menamatkan pertempuran selama tiga minggu, dan diikuti kebimbangan masyarakat antarabangsa berhubung peningkatan angka kematian penduduk awam Palestin.
Tembakan di Rafah

Gencatan senjata itu sepatutnya disusuli rundingan Israel dan Palestin di Kaherah untuk penyelesaian jangka panjang. Dua jam selepas perjanjian itu berkuat kuasa, kereta kebal Israel dan artileri melepaskan tembakan di Rafah.

Ketika gencatan senjata kemanusiaan itu bermula jam 8 pagi waktu tempatan, langit di Semenanjung Gaza sunyi daripada bunyi bedilan, walaupun pada dua jam pertama ada tembakan daripada pihak Israel dan bunyi roket.

No comments:

Post a Comment