BANDAR GAZA - Seorang bayi belum cukup bulan yang diselamatkan doktor dalam kandungan ibunya yang mati dibunuh tentera Israel pada minggu lalu akhirnya meninggal dunia.
Bayi itu, Shayma Sheikh al-Eid meninggal dunia kerana menghadapi komplikasi manakala bekalan elektrik tempatnya dirawat terputus di unit rawatan rapi sebuah hospital.
Bayi perempuan berusia enam hari tersebut sebelum ini diselamatkan beberapa doktor di hospital Deir al-Balah di tengah Gaza dari rahim ibunya yang meninggal dunia selepas rumahnya terkena bedilan meriam tentera Israel.
Ketika kejadian ibunya, Shayma al-Sheikh Qanan, 23, mengandung lapan bulan dan bayi itu dinamakan sempena nama wanita malang tersebut.
"Bayi malang ini mengalami kekurangan oksigen ketika di dalam rahim selepas jantung ibunya berhenti dan ini menyebabkan bayi ini mengalami kematian otak selepas jantungnya beberapa kali terhenti.
"Bekalan elektrik yang sering terputus juga menjadi penyumbang kepada kematian bayi ini kerana bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna," kata pengarah wad kehamilan di Hospital Nasser, Dr. Abdel Karem al-Bawab. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz39BLJKQok
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment