Saturday 2 August 2014

Israel mahu musnahkan terowong di Gaza


2 Ogos 2014

GAZA CITY - Israel berikrar akan terus mengekalkan anggota tenteranya di Gaza sehingga mereka selesai memusnahkan rangkaian terowong yang merentasi sempadan wilayah itu.

Menurut Perdana Menteri Isarael Benjamin Netanyahu, pihaknya tidak akan menerima sebarang genjatan senjata yang tidak membenarkan tenteranya untuk terus memusnahkah terowong yang digunakan Hamas untuk menyerang Israel.

"Sehingga kini, puluhan terowong telah dimusnahkan dan kami berazam untuk menyelesaikan misi ini dengan atau tanpa genjatan senjata. Oleh itu, saya tidak menerima genjata senjata yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat Israel,"katanya, menurut laporan Agensi.

Kenyataan beliau dikeluarkan selepas Kabinet Keselamatan Israel mengesahkan 16,000 lagi askar simpanan akan menyertai Operasi Perlindungan Sempadan di Genting Gaza.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa keganasan dihentikan seketika dan memperbaharui rayuan untuk genjatan senjata bagi menamatkan pertempuran.

No comments:

Post a Comment