Saturday 2 August 2014

Gaza semakin genting


2 Ogos 2014


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza memaklumkan Majlis Keselamatan bahawa Palestin kini berdepan keadaan genting dan memerlukan bantuan.

Ketua Pegawai bahagian pelarian PBB berkata, lebih 220,000 rakyat Palestin kini berlindung di pusat perlindungan PBB dan jumlahnya empat kali ganda lebih tinggi berbanding konflik Gaza terakhir kira-kira lima tahun lalu.

"Saya percaya penduduk merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani keadaan melampau ini,"katanya dipetik dari laporan Arab News.

Pihaknya turut bimbang dengan arahan terkini Israel kepada orang awam di dua kawasan untuk berpindah berikutan lebih banyak serangan bakal disasarkan di Gaza.

No comments:

Post a Comment