Monday 21 July 2014

Serangan darat Israel: Ribuan penduduk Shejaiya, Gaza lari selamatkan diri


GAZA CITY 20 Julai - Beribu-ribu penduduk daerah Shejaiya, timur Gaza bertempiaran melarikan diri selepas Israel melancarkan serangan di kawasan perumahan mereka, awal pagi ini.
Koresponden AFP melaporkan sejumlah mayat bergelimpangan di jalan-jalan raya di daerah itu ekoran serangan tersebut.
Ambulans tidak dapat pergi ke kawasan kejadian yang terletak berdekatan sempadan Gaza-Israel ekoran serangan teruk tersebut.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mayat sekurang-kurangnya 20 orang dari Shejaiya telah ditemui dengan beratus-ratus orang cedera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_12/Serangan-darat-Israel-Ribuan-penduduk-Shejaiya-Gaza-lari-selamatkan-diri#ixzz383IqpQ7Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment