Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City hari ini. - Foto EPA |
Serangan Israel dilihat di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City hari ini. - Foto EPA |
Ia menjadikan angka korban meningkat kepada 350 nyawa setakat ini.
Mangsa pertama pada Ahad membabitkan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Hosni al-Absi yang terkena bedilan meriam di Rafah.
Selepas itu, tiga remaja Palestin pula menjadi terkorban dalam serangan udara di Rafah.
Serangan turut mencederakan 10 yang lain.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera rejim sengaja mensasarkan ambulans yang sedang membawa mereka yang cedera akibat bedilan rejim di Israel.
Seorang dilaporkan maut dalam insiden itu.
Israel juga turut mendakwa lima maut di pihak rejim dengan dua darinya orang awam.
No comments:
Post a Comment