Monday, 21 July 2014

Israel tingkatkan serangan



SEBUAH artileri milik tentera Israel melepaskan bedilan ke arah Semenanjung Gaza dekat sempadan negara Yahudi itu semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel meluaskan lagi kawasan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza dengan jumlah kematian meningkat kepada 360 orang yang memasuki hari ke-13 semalam.
"Petang ini, fasa serangan darat dalam Operasi Perlindungan Sempadan disambung semula dengan anggota-anggota askar tambahan dikerahkan bagi menguatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dan memastikan penduduk Israel dapat hidup dalam keadaan selamat," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Israel memulakan serangan darat lewat Khamis lalu selepas 10 hari melakukan serangan udara dan pengeboman dari kapal laut ke wilayah Palestin yang dikepung dalam usaha untuk menghapuskan serangan roket yang dilancarkan oleh para pejuang Gaza.

SEORANG lelaki mendukung seorang gadis yang cedera akibat serangan tentera Israel ke sebuah hospital di Bandar Gaza, Palestin semalam.


Ketua Staf Tentera, Leftenan Jeneral Benny Gantz memberi amaran pada Jumaat lalu, Israel akan menyambung operasi serangan darat meskipun bakal berdepan dengan kesukaran termasuk risiko kecederaan ke atas askar-askar Israel.
Tidak lama selepas pengumuman itu dibuat, dua anggota tentera Israel terbunuh pada lewat Sabtu lalu iaitu Bar Rahav, 21, dan Bnaya Rubel, 20.
Sejak serangan darat bermula, lima anggota tentera Israel terbunuh termasuk dua dalam pertempuran dengan para pejuang Hamas di wilayah Israel.
Operasi itu sehingga kini menyebabkan kematian 357 penduduk Palestin dan tujuh rakyat Israel.
Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata, 70 pejuang Gaza terbunuh sejak serangan darat itu dilancarkan.
Tentera Israel berkata, sebanyak 190 bedilan roket telah mendarat di kawasan Israel sejak serangan darat bermula sejak 8 Julai lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz383MdZmlm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment