Monday 21 July 2014

3,000 tunjuk perasaan bantah Israel di Amsterdam


AMSTERDAM 21 Julai - Sekurang-kurangnya 3,000 orang penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perarakan secara aman ibu negara ini semalam, dan menggesa supaya serangan dan pencerobohan Israel di Gaza ditamatkan segera.
Penunjuk perasaan yang datang dari pelbagai berkumpul usia dan bangsa berkumpul di dataran Museumplein sebelum berarak di jalan-jalan utama di Amsterdam sambil membawa poster yang tertulis `hentikan peperangan’ dan `jenayah perang Israel’.
“Saya mahu serangan dihentikan, banyak kanak-kanak yang terbunuh dan mereka semua tidak bersalah," kata seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Ekrem Kara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140721/lu_07/3000-tunjuk-perasaan-bantah-Israel-di-Amsterdam#ixzz383Ff4okv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment