• Israel berterusan membedil Genting Gaza dari kedudukan mereka di sempadan.- Foto AFPIsrael berterusan membedil Genting Gaza dari kedudukan mereka di sempadan.- Foto AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 15 askar rejim Zionis maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam.

Kelmarin, jurucakap al-Qassam mengesahkan kesemua askar Israel itu dibunuh selepas Hamas berjaya menyusup masuk ke wilayah Eshkol melalui terowong bawah tanah di sempadan.

"Tiga kenderaan milik mereka juga telah diletupkan oleh unit khas kami yang terdiri daripada 12 pejuang Hamas," katanya.

Dalam kejadian berasingan di bandar Dimona dekat gurun Negev, seorang lagi askar Israel turut ditembak mati.

Sementara itu, tentera Israel melaporkan angka kematian daripada operasi yang dilancarkan Hamas itu hanya dua orang. - Press TV