Monday 21 July 2014

112 budak mangsa Israel

Gaza City (Wilayah Palestin): Angka korban serangan Israel ke atas Gaza pada Ahad, 20 Julai, kini mencecah 97 nyawa, yang membawa kepada jumlah keseluruhan terbunuh kini kepada 435, sejak 8 Julai lalu.
Menurut kenyataan jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra, kebanyakan penduduk terkorban di Shejaiya dan Gaza City selain sempadan Israel.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 62 daripada 97 penduduk Palestin terbunuh di tempat kejadian berikutan serangan semalaman yang dilancar Israel, pada Ahad 20 Julai.

Ashraf berkata, sekurang-kurangnya 250 penduduk Palestin cedera yang membawa kepada jumlah keseluruhan kepada lebih 3,000 orang sepanjang 13 hari diserang tentera Israel.
Foto
Ahli Persatuan Turki Eropah Demokratik Austria (UETD) memegang sepanduk tertera gambar kanak-kanak yang menjadi korban Israel, di Vienna, Austria. FOTO EPA

"Daripada 435 orang yang terkorban, lebih daripada separuh terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," kata Qudra, merujuk kepada 112 mangsa korban adalah kanak-kanak, 41 wanita manakala baki 25 warga emas.

Menurutnya, tiga belas tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dalam kawasan peperangan.

"Angka itu menyumbang kepada jumlah keseluruhan tentera Israel yang terbunuh kepada 18 orang manakala lebih sedozen cedera. Dua orang awam Israel turut terbunuh," katanya. - AFP 

Ahli Persatuan Turki Eropah Demokratik Austria (UETD) memegang sepanduk tertera gambar kanak-kanak yang menjadi korban Israel, di Vienna, Austria. FOTO EPA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

No comments:

Post a Comment