Monday 28 July 2014

Kekejaman Israel terus dibantah


SEBAHAGIAN daripada 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen selepas berarak dari Kedutaan Israel untuk mengecam kekejaman rejim itu terhadap penduduk Gaza di tengah London, kelmarin. - AFP
LONDON 27 Julai - Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan pro-Palestin yang membantah kekejaman tentera Israel ke atas Gaza, berarak di tengah-tengah kota London semalam, dalam satu demonstrasi yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
Seorang jurugambar AFP bagaimanapun menjangkakan, jumlah tersebut lebih ramai sekali gus menyebabkan beberapa jalan raya di sekitar Parlimen Britain ditutup.
Perarakan itu bermula di luar Kedutaan Israel di Kensington di barat Britain sebelum melalui Downing Street dan menuju pekarangan bangunan Parlimen Britain di Westminster.
Para penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang tertera ayat, 'Hentikan keganasan Israel', Kebebasan untuk Palestin' dan 'Akhiri serangan ke atas Gaza'.
Selain itu, mereka turut bersorak 'Malulah kamu David Cameron' ketika melalui pejabat Perdana Menteri Britain di Downing Street.
Pihak penganjur berkata, pada tunjuk perasaan yang sama minggu lalu, sebanyak 100,000 penunjuk perasaan terlibat walaupun pihak polis mendakwa hanya 15,000 peserta menyertainya.
Selain London, demonstrasi pro-Palestin turut diadakan di Dataran Republique, disertai kira-kira 10,000 peserta, sementara sebanyak 10,000 lagi berhimpun di Lyon.
Di Kanada, tunjuk perasaan mengecam rejim Zionis diadakan di Toronto, Ottawa, sementara di Bahrain, beribu-ribu peserta berhimpun di Manama.
Sebahagian penduduk Yahudi di Tel Aviv, turut menyelar tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza yang sehingga kini mengakibatkan 1,056 kematian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140728/lu_02/Kekejaman-Israel-terus-dibantah#ixzz38jahcB4v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment