Gaza: Hamas semalam menyatakan persetujuan melakukan gencatan senjata selama 24 jam atas dasar kemanusiaan - sejurus selepas tentera Zionis Israel mengumumkan kembali menyerang Gaza.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, sebagai tindak balas kepada permohonan PBB yang memantau situasi di situ, mereka bersetuju menghentikan tentangan mulai jam 2 petang (7 malam waktu Malaysia).
“Gencatan senjata dibuat menjelang cuti Aidilfitri selama tiga hari,” katanya.
Sama seperti hampir semua negara umat Islam, Gaza juga meraikan Aidilfitri hari ini.
Sehingga awal malam tadi tiada sebarang reaksi segera daripada kerajaan Israel.
Sebelum ini kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata 12 jam dan Israel bersetuju melanjutkannya sebelum Hamas melancarkan serangan roket pada awal pagi semalam (waktu Malaysia).
Israel bertindak balas dengan kembali menyerang Gaza.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28
No comments:
Post a Comment