Monday, 28 July 2014

Gaza pilu sambut Aidilfitri


Suasana hari raya juga tidak kelihatan di Palestin, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang masih meriah dengan kerlipan lampu serta ketawa riang kanak-kanak kecil menjelang takbir raya yang berkumandang hari ini. 
Aidilfitri di Palestin pada tahun ini dilinangi air mata anak-anak kecil Palestin yang kehilangan orang dicintai, berikutan kemanusiaan sudah tercabul sejak tercetusnya perang ini dan yang tinggal hanya luka kesedihan akibat tindakan tidak prikemanusiaan tentera Israel yang membedil Bandar Gaza tanpa belas kasihan. 

Biarpun berlakunya genjatan senjata sementara antara Hamas dan Israel bertujuan untuk menghormati Aidilfitri, namun keadaannya pasti tidak sama. Rakyat Palestin tiada ‘nafsu’ untuk merayakannya kerana sudah terlalu banyak kehilangan.
Foto
ASAP serangan bom menyelubungi ruang angkasa Gaza, semalam. Israel kembali menyerang awal semalam selepas Hamas didakwa mencabuli gencatan senjata dengan melancarkan misil.

Jika di Malaysia, anak-anak kecil sedang girang bergembira bersama sanak saudara menyambut Aidilfitri, namun keadaannya sangat berbeza di Palestin dan kanak-kanak kecil di sini hanya mengharapkan keamanan. selain linangan air mata yang bercucuran.

Ini suasana Palestin ketika ini. Saya turut bersedih dengan setiap kehilangan, setiap gugurnya rakyat Palestin dan setiap terhakisnya kemanusiaan yang jelas terlihat sepanjang Perang 10 Ramadan ini. 

Saya sememangnya bersedih bukan kerana berkongsi kesedihan dengan mereka, tetapi saya turut merasa kehilangan apabila beberapa rakan karib saya turut gugur dalam menegakkan satu perjuangan yang dipanggil keadilan. 

Ahmad Bala’wi dan Ali Seyam. Itu antara dua nama yang juga sahabat saya yang gugur syahid. Mereka dekat di hati saya, mereka kerap saya temui, berbual mesra, bergurau senda, bercerita perihal Palestin dan perjuangan. Namun mereka sudah tiada, sudah mengadap Allah Yang Esa.

Jauh di sudut hati saya, mereka amat dirindui, bukan saja kepada saya, malah kepada rakyat Palestin kerana biarpun negara mereka ditindas, dikoyak-koyak oleh rejim Zionis, namun hati mereka seputih salju. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

No comments:

Post a Comment