Monday, 28 July 2014

John Kerry bincang usul gencatan senjata Israel-Hamas


JOHN Kerry (kanan) dan Laurent Fabius tiba untuk rundingan Asia Barat di Quai d'Orsay di Paris, kelmarin. - REUTERS
PARIS 27 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry hari ini mengetuai rundingan gencatan senjata Israel-Hamas bersama Menteri-Menteri Luar dari Qatar, Turki, Perancis, Britain dan Jerman di sini.
Rundingan itu dilakukan ketika ribuan rakyat Perancis mengadakan bantahan besar-besaran mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Genting Gaza.
Diplomat-diplomat itu dipanggil selepas gencatan senjata selama 12 jam dikuatkuasakan semalam.
"Rundingan kini dijalankan untuk melanjutkan lagi gencatan senjata itu kepada 24 jam," kata Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, lapor saluran televisyen France 24.
Israel dilaporkan bersetuju melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam, namun ditolak Hamas yang menyifatkannya sebagai retorik semata-mata.
Tiada wakil Israel, Mesir atau Pihak Berkuasa Paletin terlibat dalam rundingan di Paris itu.
Namun, Menteri Keselamatan Israel, Gilad Erdan berkata, persetujuan itu sukar dicapai.
Kerry sedang dalam kunjungan diplomatik ke Asia Barat dan Mesir minggu ini sebagai usaha menganjurkan gencatan senjata selama tujuh hari antara Israel-Hamas.
Bercakap pada satu sidang media di Kaherah semalam, Kerry berkata, rundingan sebelum ini gagal berikutan percanggahan pendapat dalam syarat-syarat gencatan senjata, namun beliau yakin usaha itu akan berjaya dicapai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140728/lu_04/John-Kerry-bincang-usul-gencatan-senjata-Israel-Hamas#ixzz38jbHCeFw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment