Saturday, 31 January 2015

Detik-detik Kematian Mustafa Kamal Ataturk

540763_493397274031270_1309302794_n

MUSTAFA Kamal Ataturk adalah penggagas Republik Turki . Ia didapuk sebagai pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.
Ataturk pula yang memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan membawa Turki ke arah negara modern, demokratik dan negara sekular.
Ataturk memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Di saat kematiannya, ada beberapa penyakit kepadanya, di antara ialah:
1. Dilanda penyakit kulit hingga ke kaki di mana ia merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang waktu.
Pada 26 September 1938, ia pingsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas, lalu ia sempat siuman, namun kemudian hilang ingatan secara permanen.
Pada 9 November 1938, ia pingsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu ia meninggal, konon tidak seorang pun yang memandi, mengafani dan menshalatkannya. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengafani dan menshalatkannya.
Menurut banyak sumber, ketika dibawa ke pemakaman, mayatnya tidak mau masuk ke liang lahat. Disebabkan putus asa, akhirnya orang-orang yang menguburkan mayatnya mengawetkan mayat Ataturk sekali lagi dan dimasukkan ke museum yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun atau sampai tahun 1953.
Setelah 15 tahun mayatnya kembali hendak dikuburkan, namun masih juga susah. Akhirnya, jenazahnya dibawa ke satu bukit dan ditanam dalam satu bangunan marmer yang beratnya 44 ton. Mayatnya dikubur di celah-celah batu marmer. [sumber: akuislam]

200 Warga Gaza Lakukan Shalat Jumat di Masjid Al-Aqsa

aqsa

200 orang Palestina dari Jalur Gaza dikabarkan telah berbondong-bondong menuju Masjid Al-Aqsa pada hari ini (30/1/2015) untuk melakukan shalat Jumat.
“Para jamaah, kembali ke Gaza pada pukul  empat sore waktu setempat, setelah melakukan shalat di tempat suci,” demikian dilaporkan situs berita Palestina Maan News.
Rombongan warga Gaza yang sholat berjamaah di Al-Aqsa bukanlah yang pertama kalinya sejak perang 2007. Pada tanggal 5 Oktober, sekitar 500 warga Palestina di Gaza berdoa di masjid Al-Aqsa.
Keputusan untuk mengizinkan warga Gaza untuk melakukan perjalanan ke Al-Aqsa dicapai sebagai bagian dari kesepakatan gencatan senjata antara kelompok militan Palestina dan Israel. Di mana keputusan telah mengakhiri perang selama musim panas yang menewaskan lebih dari 2.200 warga Gaza. [ds/islampos]

Israel potong bekalan elektrik ke Palestin


BAITULMUQADDIS – Sebuah syarikat pembekal tenaga elektrik Israel akan mengurangkan bekalan tenaga kepada penduduk Palestin di Tebing Barat kerana kegagalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) membayar hutang tertunggak lebih AS$450 juta (RM1.6 bilion), kata seorang pegawai kelmarin.
Wilayah Tebing Barat masih di­kuasai Israel.
Langkah itu dibuat semasa ketegangan politik antara Israel dan Palestin memuncak yang berpunca daripada tindakan rejim Zionis membekukan pembayaran hasil cukai sebagai membalas dendam tindakan PA menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Berikutan hutang berjumlah hampir AS$459 juta (RM1.7 bilion), kami memutuskan bahawa bermula hari ini (kelmarin), bekalan elektrik ke Tebing Barat akan dipotong selama satu jam setiap pagi dan sejam pada pukul lapan malam,” kata seorang pegawai syarikat Israel Electric Corporation (IEC).
“Langkah ini akan berterusan sehingga pihak PA membayar semua hutangnya,” tambah pegawai tersebut.
Syarikat Palestin yang menyalurkan bekalan elektrik daripada IEC, Jerusalem District Electricity Company (JDECO) mengaku bahawa PA gagal melunaskan hutangnya. Namun, JDECO mengecam langkah Israel itu sebagai hukuman terhadap rakyat Pa­lestin.
“Kami berulang kali memberi amaran tentang kesan buruk daripada tindakan PA tidak melunaskan hutang­nya,” kata pengarah JDECO, Hisham Omari.
“Namun, keputusan itu tidak adil dan bertujuan untuk menghukum penduduk Palestin,” kata Hisham.
Setakat ini, belum ada pihak mahu menyatakan sama ada tindakan rejim Zionis itu bermotifkan politik atau sebaliknya.
Namun, media tempatan melaporkan langkah tersebut memerlukan kelulusan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3QLqqyMmr 
Hakcipta terpelihara 

Tebing Barat, Gaza alami penguncupan ekonomi


Kanak-kanak Palestin bermain di luar sebuah khemah yang didirikan
Kanak-kanak Palestin bermain di luar sebuah khemah yang didirikan oleh penduduk Palestin berhampiran rumah mereka yang musnah dalam serangan Israel di kawasan perumahan Abasan di timur Khan Yunis pada 28 Januari lalu. - AFP
WASHINGTON 30 Jan. – Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan penguncupan ekonomi di wilayah itu dan Tebing Barat, buat kali pertama sejak 2006, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam.
Menurut IMF, Tebing Barat berjaya mencatat perkembangan ekonomi pada kadar 4.5 peratus pada tahun lalu, sementara aktiviti ekonomi di Gaza merosot sebanyak 15 peratus, faktor yang didorong oleh perang dan kelewatan pembangunan semula wilayah itu.
Secara keseluruhan, penguncup­an itu bersamaan kira-kira satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah tersebut.
“Aktiviti ekonomi menguncup pada 2014 ekoran perang di Gaza pada musim panas lalu dan peningkatan ketegangan politik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur,” kata IMF.
Selepas satu misi untuk menilai keadaan ekonomi Palestin, IMF meragui proses pemulihan ekonomi di wilayah Palestin itu pada tahun ini ekoran keengganan Israel menyerahkan sebanyak AS$127 juta (RM 461 juta) pembayaran dana cukai yang sepatutnya diberikan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk keperluan import makanan ke Tebing Barat dan Gaza.
“Jumlah itu mewakili kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bersih dan amat penting kepada bajet Pihak Berkuasa Palestin serta ekonomi Palestin.
“Pengurangan pembayaran gaji dan pemotongan perbelanjaan awam lain diperlukan kerana penangguhan pembayaran dana cukai ekoran kekangan kewangan semasa, mungkin mengakibatkan pengurangan drastik daripada segi penggunaan dan pelaburan swasta,’’ kata IMF.
Kemelut di Baitulmaqdis dan Gaza juga mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran di ke­dua-dua wilayah itu pada kadar 19 peratus di Tebing Barat dan 41 peratus di Gaza.
Dalam perkembangan berasing­an, syarikat elektrik milik Israel, Perbadanan Elektrik Israel (IEC) akan mengurangkan bekalan tenaga elektrik di wilayah Tebing Barat ekoran hutang lebih AS$450 juta (RM1.6 bilion) oleh penduduk Palestin.
“Ekoran jumlah hutang bernilai AS$450 juta (RM1.6 bilion) itu, kami memutuskan bermula hari ini, bekalan elektrik (ke Tebing Barat) akan dipotong bagi setiap satu jam pada waktu pagi dan satu jam lagi pada malam hari,’’ kata wakil syarikat itu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tebing-barat-gaza-alami-penguncupan-ekonomi-1.54455#sthash.7tiEfmxJ.dpuf

Israel buka tender bina penempatan haram


BAITULMAQDIS 31 Jan. – Israel semalam mengeluarkan tender bagi membina 450 buah rumah secara haram di Tebing Barat, rancangan yang disifatkan oleh penduduk Palestin sebagai satu 'jenayah perang'.
Pemerhati hak asasi manusia yang dikenali sebagai 'Peace Now' dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum Israel 17 Mac depan, yang menyaksikan Parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akan bersaing dengan parti sayap kanan lain bagi mendapatkan undi terbanyak.
"Tindakan tersebut merupakan satu rancangan pra-pilihan raya bagi memperkukuhkan kedudukan kerajaan Nentanyahu," jelas Peace Now. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-buka-tender-bina-penempatan-haram-1.54629#sthash.WWtU81Ve.dpuf

Friday, 30 January 2015

Gereja Inggris Gempar, Pendeta Ini Sebut Israel Dalang Tragedi 11 September

911

SEORANG pendeta asal Inggris membuat gereja gempar. Pasalnya, ia berani memasang artikel di Facebook yang menerangkan bahwa Israel adalah dalang serangan 11 September 2001 di AS.
Pendeta Stephen Sizer, pendeta Gereja Kristus di Virginia Waters, Surrey, diduga mempublikasikan tautan ke sebuah artikel dengan judul: “9/11 Israel melakukannya.”
Mengetahui hal Ini, Keuskupan Guildford mengatakan pihaknya akan mengambil “Tindakan segera” untuk menyelidiki Sizer.
Seorang juru bicara gereja mengatakan hal Ini amat menyedihkan dan memalukan, karena tulisan ini muncul di pekan yang sama dengan peringatan 70 tahun pembebasan Auschwitz.
“Perhatian kami tertuju pada komentar oleh Pendeta Stephen Sizer di media sosial. Dalam komentar tersebut Pendeta Sizer menautkan sebuah artikel berjudul ‘9/11 Israel melakukannya,” kata juru bicara itu.
Menurut laporan BBC pada Jumat (30/1/2015) Sizer memiliki sejarah perseteruan dengan pimpinan komunitas Yahudi tentang sebuah tulisan di blog tentang Israel dan Zionisme. [sm/islampos]

Thursday, 29 January 2015

2,000 Pekerja Tesco UK Hadapi Risiko Dibuang Kerja


Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 5:26 PM
Gedung Tesco di Chatham, Kent, United Kingdom ini adalah di antara yang telah disenaraikan untuk ditutup tidak lama lagi.

> Rangkaian pasar raya Tesco umum nama 43 gedung yang mungkin ditutup
> Tujuh daripadanya adalah gedung besar
> Ketua eksekutif Dave Lewis kata ia adalah keputusan yang sangat berat
> Penutupan ini adalah sebahagian daripada rancangan pemulihan Tesco
> Tesco alami penurunan keuntungan yang amat besar untuk kewangan yang berakhir 2014
> Hanya empat tahun sebelum itu Tesco mencatatkan keuntungan pra-cukai sebanyak £3.4 bilion 

LONDON:
 Lebih 2,000 kakitangan pasar raya terbesar United Kingdom (UK), Tesco telah diberi notis awal yang pekerjaan mereka kini berada di dalam risiko selepas mengumumkan keputusan untuk menutup 43 rangkaian gedung termasuk tujuh gedung besar di seluruh negara itu.
Tujuh gedung besar dan lain-lain gedung yang tersenarai itu adalah di antara yang mengalami penguncupan untung sepanjang tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco UK, Dave Lewis, ketika mengumumkan demikian menegaskan ia adalah keputusan yang sangat sukar dan berat untuk dibuat.
Katanya, keputusan untuk menutup 43 buah rangkaian gedung Tesco itu akan menyaksikan sekurang-kurangnya 2,000 kakitangan hilang pekerjaan.
Dengan keputusan terbaru ini juga, Tesco UK turut mengumumkan yang mereka telah menangguh atau membatalkan buat sementara waktu rancangan untuk membuka 50 lagi outlet di seluruh negara.
Akhbar The Daily Mail melaporkan yang keputusan untuk menutup beberapa gedung Tesco di UK adalah kerana ketidakupayaan mereka untuk bersaing dengan pasar raya bajet yang lain seperti Aldi dan Lidl.
Lewis, yang baru mengambil alih teraju Tesco tahun lalu melihat penutupan gedung-gedung yang tidak membuat keuntungan adalah jalan pintas terbaik untuk menghentikan kerugian yang semakin membebankan.
Penutupan secara besar-besaran gedung-gedung Tesco ini sekaligus akan memadamkan legasi yang ditinggalkan oleh bekas peneraju Tesco iaitu Sir Terry Leahy, yang bertanggungjawab membina syarikat ini menjadi gergasi pasar raya terbesar UK.
Kata Lewis; "Keputusan untuk menutup cawangan-cawangan yang tidak menguntungkan ini adalah merupakan satu keputusan yang sangat berat dan sukar untuk dibuat kerana ia akan menjejaskan begitu ramai staf serta kakitangan, para pelanggan setia kami dan juga komuniti sekitar yang selama ini bergantung harap kepada Tesco untuk menyediakan keperluan harian mereka. Tapi ini sudah tidak boleh dielak lagi."
Tesco, seboleh-bolehnya, kata Lewis akan berusaha untuk menawarkan alternatif lain kepada kakitangan yang terjejas dengan penutupan ini.
Proses penutupan ini akan bermula dari 15 Mac sehingga April.
Saham Tesco jatuh menjunam lebih daripada 40 peratus sepanjang tahun lalu sebahagian besarnya disumbangkan oleh skandal perakaunannya yang berjumlah £263 juta.
Ia menyaksikan Tesco tersilap membuat kiraan untung ruginya kepada bursa sekaligus menguncupkan keuntungan bersihnya sebanyak £250 juta.
Tesco juga membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan gedung baru yang bernilai £22 juta di Chatteris, Cambridgeshire yang sepatutnya telah beroperasi dua bulan lalu dan menawarkan pekerjaan baru kepada sekurang-kurangnya 250 orang pekerja. 

Gaza tambah parah



KETIKA ribut musim sejuk terus melanda Asia Barat, ribuan penduduk Gaza yang kediaman mereka musnah atau rosak akibat keganasan Israel beberapa bulan lalu, terpaksa bergelut dengan cuaca buruk itu sejak hampir seminggu lalu.
Kelmarin, seorang bayi berusia empat bulan mati di selatan wilayah Palestin itu, akibat komplikasi berpunca daripada cuaca sejuk.
Bayi itu, Rahaf Abu Assi, anak bongsu daripada 10 beradik, yang sakit sepanjang musim sejuk, tinggal di sebuah rumah tanpa pintu, tingkap atau tandas di Al Zanna, berhampiran Khan Younis, kata bapa saudaranya.
Rumah itu hampir musnah selepas menjadi sasaran bom Israel.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, Rahaf dibawa ke hospital Khamis lalu tetapi meninggal dunia hari berikutnya kerana masalah peparu berair.
"Kehidupan kami amat tragik. Tingkap hanya ditutup dengan plastik. Kadang kala kami terpaksa membakar kertas dan arang di dalam rumah yang hampir rebah untuk memanaskan badan," kata bapa saudara Rahaf, Yousri Abu Assi.
Cuaca dingin memisahkan Rahaf dengan ibunya.
Ribut itu, dengan angin kencang, hujan lebat dan salji membawa kesengsaaran di seluruh rantau berkenaan.
Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jordan berkata, seorang wanita Syria dan cucunya berusia 12 tahun yang baru-baru ini meninggalkan kem pelarian Zaatari mati kelmarin selepas terhidu asap pemanas gas di apartmen mereka. Tiga lagi anggota keluarga mereka masih kritikal di hospital.
Tiga pelarian Syria, termasuk seorang kanak-kanak lapan tahun mati ketika cuba menyeberang sempadan Lubnan.
Stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan video sepasang bayi kembar mati kesejukan di Douma, kawasan yang terkepung dan dikuasai kumpulan penentang di pinggir Damsyik.
Bayi berkenaan dikebumikan dalam keranda yang dibuat daripada kadbod.
Pekerja bantuan di Lubnan dan Jordan bertungkus lumus mengagihkan ribuan selimut, pakaian, alat pemanas dan bekalan lain kepada pelarian Syria dan yang lain yang tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara.
Di selatan Gaza, ratusan penduduk di Rafah dan Khan Younis terpaksa berpindah apabila rumah mereka tenggelam akibat banjir. Tujuh cedera apabila bumbung rumah mereka runtuh.
Beberapa keluarga di Khuzaa, antara kampung paling teruk musnah dalam serangan Israel Julai lalu, menggunakan beg pasir untuk melindungi karavan masing-masing daripada memasuki air.
Karavan itu menjadi tempat tinggal mereka sejak beberapa bulan lalu sementara menunggu rumah mereka dibina semula.
"Kami bangun pagi dan mendapati selimut kami lenjun. Karavan ini tidak berguna," kata Abu Bassam Najjar, antara penduduk yang terjejas teruk.
Pengarah operasi pertahanan awam di Gaza Raed al-Dahshan berkata, kakitangannya bekerja sepanjang masa untuk menghulurkan bantuan tetapi berdepan dengan masalah kelengkapan.
"Terus terang saya kata kami tidak mempunyai infrastruktur. Perang musim panas lalu memusnahkan segala-galanya. Dunia bergembira apabila hujan. Tetapi di Gaza, ia membawa kesengsaraan dan mencetuskan lebih banyak krisis kemanusiaan," kata Raed.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:01 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23166#sthash.wDF0UVML.dpuf

Malang Malak kerana batu

Tebing Barat: Malak al-Khatib mempunyai keunikan tersendiri dalam kalangan penduduk Palestin apabila dia kini menjadi antara banduan termuda menghuni penjara rejim Zionis Israel.
Baru berusia 14 tahun, ‘kesalahan’ Malak hanya membaling batu ke arah anggota keselamatan Yahudi.
Atas kesalahan itu dia dihukum penjara dua bulan.
Nasib Malak menyentuh emosi seluruh rakyat Palestin yang waras kerana hukuman itu dianggap amat melampau.
Penahanan Malak sejak bulan lalu dianggap kes yang jarang berlaku.
Bapanya, Ali al-Khatib berkata, seorang remaja semuda Malak tidak mampu mencederakan apa lagi mengancam nyawa tentera Israel.
“Mereka lengkap bersenjata dan terlatih, justeru ancaman bagaimanakah yang boleh dilakukan Malak?” katanya.
Jurucakap kerajaan Palestin berkata, Malak sedang berjalan menuju Tebing Barat dari Gaza melalui laluan yang sering digunakan orang ramai.
Ketika melihat kenderaan tentera melintasinya, kata jurucakap itu, Malak membaling batu dan kejadian itu disedari pihak keselamatan Israel.
Mereka kemudian menahannya serta-merta dan selepas diperiksa, tentera rejim Zionis mendakwa Malak menyembunyikan sebilah pisau.
Ketika di mahkamah, Malak dibawa ke depan hakim dengan tangan dan kakinya dirantai.
Menurut Ali, Malak sebenarnya biasa dengan penderitaan.
“Kanak-kanak ini membesar dengan berita mengenai pertempuran, penindasan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza, membuatkan mereka mahu meluahkan perasaan,” katanya.
Sejak ditahan, kisah itu menarik perhatian media di Tebing Barat hingga muncul pelbagai imejnya dalam bentuk karikatur.
Antaranya, memperlihatkan Malak dengan pipi penuh dan bibir mongel berada dalam penjara sambil memeluk anak patung beruang.
Satu lagi lukisan menunjukkan Malak - bermaksud malaikat - dirantai askar Israel.
Tentera Israel pula berkata, Malak didakwa membaling batu, cuba membaling batu dan memiliki senjata.
Selepas dibicarakan, dia dihukum dua bulan penjara dan denda AS$1,500 (RM5,431).
Kini Malak terpaksa menjadi banduan selama empat minggu lagi di penjara wanita Israel sebelum boleh dibebaskan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:03 AM


ALI menunjukkan tempat Malak (gambar kecil) ditangkap di kampung Beitin berhampiran Tebing Barat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27037#sthash.dQzTXKSM.dpuf

Aktivis hak asasi Israel kutuk Tel Aviv serang Gaza


dua orang kanak-kanak perempuan Palestin kelihatan bersedih ketika
Dua orang kanak-kanak perempuan Palestin kelihatan bersedih ketika melihat bangunan kediaman mereka ranap dalam serangan Israel di al-Shejaiya, Gaza City pada 27 Januari lalu. – AFP
TEL AVIV 28 Jan. – Kumpulan hak asasi Israel, hari ini mengkritik kerajaan Israel kerana sengaja melancarkan serangan udara ke atas kawasan perumahan yang menyaksikan beratus-ratus kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas Genting Gaza pada tahun lepas.
Dalam laporan yang memeriksa 70 serbuan ke atas bangunan perumahan di wilayah Palestin itu, kumpulan hak asasi B’Taselem berkata, pegawai Israel bertanggungjawab ke atas kematian penduduk awam Pa­lestin dalam konflik selama 50 hari yang menyaksikan hampir 2,200 penduduk Palestin terbunuh.
“Serangan-serangan tentera Israel ke atas bangunan kediaman dan memusnahkan bangunan-bangunan kediaman tersebut ketika penghuninya masih berada di dalamnya.
“Aspek pertempuran ini sa­ngat mengejutkan dan ia adalah hasil polisi kerajaan dan peme­rintah kanan tentera,’’ kata laporan setebal 49 muka surat itu.
Dalam kes yang disiasat B’Tselem, 608 orang terbunuh dengan 70 peratus daripada mangsa yang terkorban berumur di bawah 18 tahun atau berusia lebih 60 tahun.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan konflik di Gaza itu menyaksikan 70 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah orang awam.
B’Tselem berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung la­poran berkenaan.
Kumpulan hak asasi itu juga mempersoalkan dakwaan Israel bahawa rejim Zionis itu menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa sepanjang konflik itu berlaku.
“Anda tidak boleh menyatakan tentera tidak tahu atau tidak boleh tahu bagaimana banyak orang awam terbunuh dalam serangan berkenaan.
“Anda (mungkin) tidak tahu pada hari pertama atau pada hari kedua, namun pada hari ke-10 atau ke-20, apabila anda melihat banyak orang awam terbunuh, serangan ini tidak sepatutnya diteruskan,’’ kata ketua penyelidik B’Tselem, Yael Stein. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aktivis-hak-asasi-israel-kutuk-tel-aviv-serang-gaza-1.53753#sthash.9aWCCs90.dpuf

Wednesday, 28 January 2015

Haniyah: Hei, Perangi Penjajah Israel itu Bukan Hanya Pilihan Hamas Saja!

haniyah

WAKIL Kepala Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah menegaskan bahwa siapa saja yang merusak dan mencemarkan gerakan Hamas dan Brigade al Qassam, maka akan digagalkan oleh dukungan rakyat dalam perlawanan.
“Ada orang yang merencanakan agar orang-orang melawan perlawanan. Sesekali dengan peperangan dan sesekali dengan blokade, namun dikesempatan yang lain justru melakukan pencemaran nama baiknya sendiri. Itu namanya munafik,” tandas Haniyah dalam acara pawai militer dan perkemahan bertajuk ‘Kader Pembebasan’.
Dia menjelaskan bahwa perlawanan dan persiapan untuk memikul senjata melawan penjajah Zionis, bukan hanya pilihan anggota gerakan Hamas saja, namun telah menjadi budaya yang melampaui batas gerakan hingga sampai di setiap rumah dan kamp pengungsi palestina.
“Agar dunia tahu bahwa perlawanan hari ini sedang meningkat dan bukan hanya pilihan gerakan ini saja atau yang lainnya, namun telah menjadi budaya, pemikiran dan kebiasaan yang mesti dilakukan para pemuda.”
Kantor berita pusat informasi palestina melaporkan bahwa pada 20 Januari lalu sayap militer Gerakan Hamas, Brigade al Qassam menyelenggarakan perkemahan militer bertajuk ‘Kader Pembebasan’. Target dari acara ini adalah remaja dan pemuda berusia antara 15-21 tahun yang diikuti oleh 15 ribu remaja dan pemuda di seluruh propinsi-propinsi Jalur Gaza. [ra/islampos]

Pembinaan semula Genting Gaza terhenti


Penduduk Palestin di kawasan perumahan  Shejaiya, timur Gaza City
Penduduk Palestin di kawasan perumahan Shejaiya, timur Gaza City menunaikan solat Jumaat berhampiran kediaman mereka yang musnah akibat pengeboman tentera Israel semasa perang 50 hari, tahun lalu pada 23 Januari lalu. – REUTERS
GAZA 27 Jan. – Agensi Kerja-Kerja dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) terpaksa menghentikan usaha membaik pulih rumah-rumah di wilayah ini yang terjejas teruk akibat serangan dengan Israel tahun lalu selepas gagal menerima sumbangan daripada penderma.
“Agensi ini telah kehabisan semua dana bagi menyokong usaha pemulihan dan subsidi sewa.
“Sejumlah AS$5.4 bilion (RM19.4 bilion) bantuan dijanjikan semasa persidangan di Kaherah, Mesir Oktober tahun lalu, namun hampir tiada daripada wang itu sampai ke Gaza. Keadaan ini amat menyedihkan dan tidak boleh diterima,’’ kata UNRWA dalam satu kenyataan, hari ini.
UNRWA berkata, lebih 96,000 rumah pelarian Palestin musnah atau rosak teruk akibat serangan Israel.
Kata agensi itu, pemotongan subsidi kepada pelarian yang kini menyewa di kediaman alternatif boleh mengakibatkan sebahagian besar penduduk kembali ke sekolah-sekolah PBB dan pusat sementara yang menempatkan 12,000 penduduk.
“UNRWA di Gaza setakat ini telah menyediakan lebih AS$77 juta (RM277 juta) kepada 66,000 keluarga pelarian Palestin bagi membaik pulih rumah mereka atau mencari kediaman alternatif sementara.
“Jumlah itu merupakan satu pencapaian besar, namun masih tidak mencukupi. Kami sedang bercakap tentang ribuan keluarga yang menderita sepanjang musim sejuk ini dengan perlindungan yang tidak mencukupi,’’ katanya.
Katanya, kebanyakan penduduk secara asasnya tidur di sebalik sisa runtuhan rumah, manakala kanak-kanak mati akibat hipotermia.
Dua bayi meninggal dunia di Gaza bulan lalu ketika berpuluh-puluh rumah dinaiki air semasa ribut kuat yang membawa hujan dan angin kencang. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pembinaan-semula-genting-gaza-terhenti-1.53295#sthash.mLTmNZc3.dpuf

Sunday, 25 January 2015

Israel roboh kediaman 77 penduduk Palestin

Dua askar Israel berkawal ketika kerja-kerja merobohkan rumah
Dua askar Israel berkawal ketika kerja-kerja merobohkan rumah penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur, baru-baru ini. - AFP
BAITULMAQDIS 24 Jan. – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA), semalam mendakwa Israel secara haram telah memusnahkan kediaman 77 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, minggu ini.
OCHA dalam satu kenyataan berkata, sebahagian darpada rumah yang dimusnah itu dibina oleh masyarakat antarabangsa yang prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk Palestin di kawasan ber­kenaan.
“Sejak tiga hari lalu, 77 penduduk Palestin dengan separuh daripada mereka kanak-kanak tidak lagi mempunyai tempat perlindungan.
“Tindakan meroboh (kediaman penduduk Palestin itu) telah meng­akibatkan berlakunya pengusiran secara paksa dan ini adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa kerana mewujudkan situasi tegang dan menyebabkan penduduk sengsara. Perkara ini perlu dihentikan segera,” jelas OCHA.
Menurut OCHA, pencero­bohan secara haram itu dilakukan di Baitulmaqdis Timur dan beberapa kawasan di daerah Ramallah, Jericho dan Hebron.
OCHA dalam kenyataan itu berkata, sepanjang tahun lalu, rejim Zionis Israel melancarkan ba­nyak pencerobohan di Baitulmaqdis Timur dan satu zon di Tebing Barat yang dikenali sebagao Area C. AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-roboh-kediaman-77-penduduk-palestin-1.52027#sthash.cy920E78.dpuf

Saturday, 24 January 2015

Tentara Israel Mengebom Sekolah di Hebron


Sabtu 3 Rabiulakhir 1436 / 24 Januari 2015 18:00
boms
TENTARA Israel dilaporkan telah menembakkan gas air mata dan bom suara ke sebuah sekolah swasta di Hebron, selatan Tepi Barat, Sabtu (24/1/2015).
Menurut laporan PIC pada Sabtu (24/1/2015), tentara Israel menembakkan gas air mata dan bom suaranya ke sekitar sekolah dasar di selatan Hebron, tepat di hari pertama tahun ajaran baru sekolah dimulai, meski tak ada bentrokan sekalipun.
Sumber PIC menambahkan, tentara Israel juga menyebar di sekeliling sekolah dan langsung membidik para pelajar yang tengah belajar.
Di sisi lain, sejumlah sumber lokal menyebutkan, pasukan Israel menangkap 4 pelajar yang sedang berada di salah satu jalan protokol di Kota Lama Hebron, tanpa alasan ataupun dakwaan apapun dan tidak juga terjadi bentrokan antara keduanya. [sm/islampos]

Warga New York Desak Dewan Kota Batalkan Perjalanan ke Israel


Sabtu 3 Rabiulakhir 1436 / 24 Januari 2015 05:33
dw
PULUHAN kelompok masyarakat New York Kamis menggelar aksi memprotes penerimaan Dewan Kota untuk melakukan perjalanan ke Israel, lapor Anadolu Agency.
Berkumpul di Balai Kota dan memegang spanduk bertuliskan “Don’t Tour Apartheid Israel,” perwakilan dari koalisi lebih dari 40 kelompok di seluruh kota mendesak dewan untuk membatalkan perjalanan yang dijadwalkan Februari dan disponsori oleh kelompok PR pro-Israel termasuk Komunitas Dewan Hubungan Yahudi Amerika.
“Saya pikir sangat keterlaluan mereka meninggalkan kota selama 10 hari ketika masyarakat membutuhkan mereka di sini untuk melakukan pekerjaan mereka sebagai pejabat terpilih,” ujar Nastaran Mohit dari surat kabar Guild New York.
Para pengunjuk rasa mengecam delegasi 15-anggota ke Israel termasuk anggota dari kaukus Dewan Progresif.
“Kami menyadari bahwa mereka benar-benar diam atas masalah pendudukan Palestina, dan kami tahu mereka akan diberikan versi ‘bersih’ dari apa yang terjadi di Wilayah Pendudukan,” kata Mohit.
Dalam sebuah surat terbuka, koalisi mendesak anggota progresif untuk menarik diri dari delegasi ke Israel.
Koalisi terdiri dari berbagai kelompok masyarakat termasuk Komite Anti Kekerasan terhadap Asia, gerakan akar rumput Malcolm X, Front Aksi Langsung untuk Palestina dan Yahudi Melawan Islamofobia.
Mary Alford, salah satu demonstran, mengatakan dewan bertindak seperti orang munafik bodoh dengan mendukung Israel dengan menerima perjalanan gratis ke Israel, seolah-olah perjalanan tersebut adalah liburan yang indah.
“Mereka tidak akan mengetahui kengerian yang dilakukan oleh Israel,” tegasnya.
Menyuarakan solidaritas dengan Palestina, para pengunjuk rasa mengatakan delegasi hanya akan melihat gambar satu sisi dari konflik Israel-Palestina karena mereka tidak akan tur ke tempat seperti tembok pemisah di Tepi Barat yang mengisolasi sebagian besar wilayah wilayah Palestina atau situs pembangunan pemukiman ilegal Israel.[fq/islampos]

Polisi Israel Cegah Seorang Wanita Masuki Komleks Masjid al-Aqsa


Sabtu 3 Rabiulakhir 1436 / 24 Januari 2015 05:00cegah 8 warga ke al-aqsa
POLISI Israel dikabarkan telah melarang empat siswi Palestina memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa setelah membebaskan mereka dari tahanan polisi pada hari Jumat (23/1/2015).
Pengacara Ramzi Kteilak mengatakan kepada PIC bahwa seorang wanita tak dikenal berusia sekitar 28 tahun itu dibawa ke kantor polisi di Kota Tua Kamis malam, di mana ia diserang oleh polisi yang memukul dirinya di kepala.
Dia dibebaskan dari tahanan, tetapi dilarang memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa selama tiga hari sampai sidang pengadilan tiba pada hari Minggu.
Selain wanita tersebut, ada sejumlah warga Palestina yang juga dilarang memasuki tempat suci selama 15 hari, yaitu Amani al-Tawil, 20, Nour Abu Snineh, 19, dan Hur Abdin, 14. [hr/islampos]

Sedia lawan Hizbullah



Baitulmaqdis: Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon berkata, rejim Zionis bersedia menghadapi sebarang serangan balas oleh Hizbullah berikutan serangan udara dilakukan terhadap kumpulan Syiah itu di Lubnan.

Yaalon berkata demikian ketika membuat lawatan ke sempadan utara Israel dengan Syria dan Lubnan bersama Ketua Tentera Benny Gantz manakala pihak tentera turut meningkatkan kawalan di kawasan itu.

“Kita sudah sedia dan berdepan dengan sebarang serangan.

“Israel akan memastikan negara dan organisasi di luar sempadan kami akan dipertanggungjawabkan jika menggugat kedaulatan negara kami atau menyerang tentera serta rakyat kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan udara Israel di Bukit Golan di sebelah Syria pada 18 Januari lalu mengakibatkan kematian enam anggota Hizbullah, yang disokong Iran dan bersekutu dengan Presiden Bashar al-Assad.

Israel tidak menafikan atau mengakui bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Ia pernah beberapa kali sebelum ini melakukan serangan sedemikian dalam tempoh dua tahun lalu atas alasan untuk menghalang penghantaran senjata kepada kumpulan militan.

Hizbullah lazimnya membalas serangan itu dengan membedil kawasan Israel di sepanjang sempadan dengan Lubnan.

Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah dijadualkan membuat ucapan mengenai serangan Israel itu semalam.

Sementara itu, Gantz berkata, tentera Israel dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia bertindak jika perlu di sempadan Bukit Glan yang menjadi kawasan gencatan senjata bersama dengan Syria.

“Pihak kami bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan, sama ada berdiplomasi atau membalas dengan keras bergantung kepada situasi,” katanya.

Israel turut mengatur sistem pertahanan Iron Dome di utara negara itu dan media tempatan melaporkan kereta kebal serta unit infantri juga ditempatkan di situ. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:07 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25926#sthash.FB41hxvm.dpuf

Friday, 23 January 2015

Shuhada Street kini menjadi Aparteid Street.




Rumah terakhir di Shuhada Street telah ditutup. Zionis secara suka hati mengimpal pintu rumah seorang warga emas, Puan Amal Hashem Dundeis di Al-Khalil sedangkan rumah tersebut telah diduduki secara turun-temurun.
Aktivis antarabangsa yang berada di tempat kejadian mempersoal tindakan zionis tersebut tetapi tidak berjawab. Puan Amal yang menghidap sakit jantung dan diabetes jatuh pengsan selepas diperlakukan sedemikian.
Beliau dikejarkan ke hospital, dan tiada maklumat terkini berkenaan keadaan kesihatan beliau. Shuhada Street kini menjadi Aparteid Street, mengikut aktivis antarabangsa di al-Khalil.
Kerana apa? Majoriti penduduk di Shuhada Street dipaksa berpindah, sedangkan dahulunya ia merupakan pekan yang sibuk dengan perniagaan masing-masing.