Tebing Barat: Malak al-Khatib mempunyai keunikan tersendiri dalam kalangan penduduk Palestin apabila dia kini menjadi antara banduan termuda menghuni penjara rejim Zionis Israel.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27037#sthash.dQzTXKSM.dpuf
Baru berusia 14 tahun, ‘kesalahan’ Malak hanya membaling batu ke arah anggota keselamatan Yahudi.
Atas kesalahan itu dia dihukum penjara dua bulan.
Nasib Malak menyentuh emosi seluruh rakyat Palestin yang waras kerana hukuman itu dianggap amat melampau.
Penahanan Malak sejak bulan lalu dianggap kes yang jarang berlaku.
Bapanya, Ali al-Khatib berkata, seorang remaja semuda Malak tidak mampu mencederakan apa lagi mengancam nyawa tentera Israel.
“Mereka lengkap bersenjata dan terlatih, justeru ancaman bagaimanakah yang boleh dilakukan Malak?” katanya.
Jurucakap kerajaan Palestin berkata, Malak sedang berjalan menuju Tebing Barat dari Gaza melalui laluan yang sering digunakan orang ramai.
Ketika melihat kenderaan tentera melintasinya, kata jurucakap itu, Malak membaling batu dan kejadian itu disedari pihak keselamatan Israel.
Mereka kemudian menahannya serta-merta dan selepas diperiksa, tentera rejim Zionis mendakwa Malak menyembunyikan sebilah pisau.
Ketika di mahkamah, Malak dibawa ke depan hakim dengan tangan dan kakinya dirantai.
Menurut Ali, Malak sebenarnya biasa dengan penderitaan.
“Kanak-kanak ini membesar dengan berita mengenai pertempuran, penindasan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza, membuatkan mereka mahu meluahkan perasaan,” katanya.
Sejak ditahan, kisah itu menarik perhatian media di Tebing Barat hingga muncul pelbagai imejnya dalam bentuk karikatur.
Antaranya, memperlihatkan Malak dengan pipi penuh dan bibir mongel berada dalam penjara sambil memeluk anak patung beruang.
Satu lagi lukisan menunjukkan Malak - bermaksud malaikat - dirantai askar Israel.
Tentera Israel pula berkata, Malak didakwa membaling batu, cuba membaling batu dan memiliki senjata.
Selepas dibicarakan, dia dihukum dua bulan penjara dan denda AS$1,500 (RM5,431).
Kini Malak terpaksa menjadi banduan selama empat minggu lagi di penjara wanita Israel sebelum boleh dibebaskan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:03 AM
No comments:
Post a Comment