OCHA dalam satu kenyataan berkata, sebahagian darpada rumah yang dimusnah itu dibina oleh masyarakat antarabangsa yang prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk Palestin di kawasan ber­kenaan.
“Sejak tiga hari lalu, 77 penduduk Palestin dengan separuh daripada mereka kanak-kanak tidak lagi mempunyai tempat perlindungan.
“Tindakan meroboh (kediaman penduduk Palestin itu) telah meng­akibatkan berlakunya pengusiran secara paksa dan ini adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa kerana mewujudkan situasi tegang dan menyebabkan penduduk sengsara. Perkara ini perlu dihentikan segera,” jelas OCHA.
Menurut OCHA, pencero­bohan secara haram itu dilakukan di Baitulmaqdis Timur dan beberapa kawasan di daerah Ramallah, Jericho dan Hebron.
OCHA dalam kenyataan itu berkata, sepanjang tahun lalu, rejim Zionis Israel melancarkan ba­nyak pencerobohan di Baitulmaqdis Timur dan satu zon di Tebing Barat yang dikenali sebagao Area C. AFP