Saturday 30 August 2014

Rakyat di sebalik kemenangan perjuangan Palestin


HARAKAHDAILY | .
DOHA: Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal berkata, rakyat Palestin adalah teras disebalik kemenangan Hamas ke atas Zionis Israel.

Bercakap pada sidang media petang semalam, beliau berkata kemenangan perjuang Palestin ini sekaligus meruntuhkan imej Israel yang selama ini dianggap 'kebal'.

"Kemenangan ini adalah permulaan kepada kita untuk merintis jalan pembebasan," katanya.

Mishaal menyatakan bahawa sayap bersenjata Palestin, terutama Briged Al-Qassam, kini dianggap oleh orang-orang Palestin dan seluruh ummat Islam sebagai jantung kepada pembebasan al-Aqsa.

"Kita tahu bahawa Israel adalah kuat dan dibantu di bandan antarabangsa. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menyekat impian kita untuk membebaskan tanah ini."

Dalam pada itu, Mishaal mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Turki, Qatar, Tunisia dan negara-negara umat Islam lain atas sokongan mereka yang berterusan untuk rakyat Palestin.

Beliau juga memuji sikap media, yang berjaya menunjukkan wajah sebenar zionis Israel melalui tindakan mereka ke atas rakyat Gaza.

- HARAKAHDAILY 29/8/2014

No comments:

Post a Comment