Saturday, 30 August 2014

[Quotes] Kejayaan Hamas: Masih sanggup lontar kata-kata sinis?


Dan kita masih sanggup melontarkan kata-kata sinis?
--------------------------------------------------------------------------------
Lupakah kita Vietnam berdepan dengan Amerika selama 15 tahun dan menderita dengan jumlah kematian sebanyak 2 juta jiwa? Akhirnya US terpaksa berundur dan mengaku kalah secara terhormat dengan memakai istilah 'the Vietnamization of the Vietnam War'. Lupakah kita bahawa Vietnam yang sama telah mengalahkan Peranchis di Dien Bien Phu? Lupakah kita Afghanistan sebuah negara yang dhoif mengalahkan 3 kuasa besar 4 kali dalam sejarah? British 2 kali, di ikuti oleh Soviet dengan kekalahan yang membawa natijah kepada runtuhnya USSR (Soviet Russia) dan kini US yang terpaksa mencari satu 'exit strategy' demi menjaga air muka.
Ada yang bersikap sinis dengan pencapaian HAMAS. Memandang rendah kepada kemampuan HAMAS memaksa Israel mengangkat kepungan dan menghentikan sekatan ke atas Gaza. Memberi komen seperti ini hanya persepsi dan kenyataan untuk menyedapkan hati. Pencapaian ini perlu dilihat dalam konteks perkembangan dari sejak intifadah hajar 1987, Intifadah Aqsa 2000, Pengunduran Israel keluar dari Gaza 2005, Kemenangan Hamas dalam Pilihanraya legislatif 2006, kemenangan HAMAS berturut-turut dari ma'rakat furqan 2008/2009, ma'rakat hijaratussijil 2012 dan asfim ma'kul 2014.
Lupakah kita bahawa peperangan yang berlaku di Gaza adalah juzuk-juzuk perjuangan mempertahankan tanah suci dan pembebasan masjid al Aqsa? Kenalkah kita kataib al Qassam yang maju ke medan dengan Al Quran tersemat di dadanya.
Fahami intipati dari perjuangan ini. Jika tidak anda tidak akan faham begaimana umat Islam boleh menang berhadapan dengan Rom dan Farsi di Mu'tah, Yarmouk, Ajnadain, Qadisiah dengan jumlah yang tidak seimbang dan perbezaan menjolok mata dengan nisbah 1 lawan 3 bahkan 1 lawan 10. Kemenangan-kemenangan ini diwarisi dengan iman dan taqwa yang menjadi tunjang kepada kemenangan di Badar al Kubra, Uhud (pusingan pertama), khandak dan Hunain (pusingan kedua)
Anda fahamkan kemenangan yang dirintis oleh Salahuddin al Ayubbi pada tahun 1187 bermula dengan kejatuhan Baitul Makdis di tangan tentera salibiah pada tahun 1090. 97 tahun masa berlalu sebelum Baitul Makdis kembali ke tangan muslimin. Dan ingat Israel berdiri pada tahun 1948. Pada tahun 2009, CIA membaut penyelidikan dengan rumusan Israel tidak boleh dipertahankan dalam tempoh 20 tahun dari tarikh tersebut. Lupakah kita sokongan yang kuat ke atas perjuangan rakyat palestin kini datangnya dari warga Eropah dan US?
Dan lupakah kita firman Allah SWT
Berapa ramai daripada golongan yang sedikit yang telah mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah?
[Al-Baqarah: 249]
Golongan yang sedikit ini tidak semesti muslim pun. Jika mereka punya kekuatan jiwa dan kesabaran seperti yang dipamerkan oleh rakyat Vietnam dari tahun 1950 hingga 1975, mereka berjaya menundukkan dua kuasa besar barat. Kemusnahan dan jumlah kematian yang mereka tanggung tidak terperikan. Kampung halaman, sawah ladang mereka menjadi padang jarak padang terkukur diratakan dengan napalm bombing dan semburan racun rumpai Agent Orange. Tetapi ayat al Baqarah 249 tetap terpakai untuk mereka.
Berapa ramai daripada golongan yang sedikit yang telah mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah?
[Al-Baqarah: 249]
Inikan pula saudara-saudara kita di Palestin yang beriman dan iltizam dengan perjuangan Islam dan mereka berjihad untuk mempertahankan tanah suci umat islam dan masjid al Aqsa.
Dan kita masih sanggup melontarkan kata-kata sinis?
(gambar bom napalm di Vietnam)

No comments:

Post a Comment