Konvoi bantuan kemanusiaan pertama tiba di Gaza melalui sempadan Rafah untuk pertama kali. |
GENEVA - SWITZERLAND. Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan konvoi bantuan kemanusiaan di bawah kendalian mereka berjaya memasuki Genting Gaza dari sempadan Rafah untuk pertama kali sejak 2007.
Konvoi disertai 18 trak itu turut membawa 15,600 bungkusan makanan untuk kira-kira 150,000 penduduk Palestin.
Pengarah WFP Serantau untuk Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah Timur, Mohammad Diab memaklumkan bekalan tersebut adalah mencukupi untuk jangka masa lima hari.
"Konvoi kedua dijangka tiba di Gaza dalam tempoh beberapa hari lagi. Ia sememangnya satu perkembangan positif kerana wilayah tersebut kini boleh diakses dari beberapa laluan utama termasuk Mesir," jelasnya.
Menurutnya, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin telah mengaktifkan kelompok logistik yang bertanggungjawab menyelaraskan pergerakan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Sejak konflik tercetus 8 Julai lalu, WFP telah menyediakan bantuan bekalan makanan kepada 350,000 pelarian Gaza yang kehilangan tempat tinggal selain menyediakan lebih 120,000 baucar kecemasan kepada penduduk di wilayah itu.
Difahamkan, WFP kini memerlukan bantuan dana berjumlah AS$70 juta (RM221 juta) untuk meneruskan program bantuan kemanusiaan bagi tempoh tiga bulan akan datang, laporan dipetik dari Press TV.

No comments:
Post a Comment