Baitulmaqdis: Media Israel melaporkan kaji selidik yang dilakukan sebuat sebuah agensi selepas pengumuman gencatan senjata jangka panjang dipersetujui mendapati 54 peratus responden percaya rejim itu kalah dalam peperangan dengan pejuang Palestin.
Pungutan suara yang dikendalikan kumpulan penganalisis pasaran Shiluv Millward Brown itu disiarkan stesen televisyen Israel kelmarin.
Ia juga mendapati hanya 32 peratus penduduk Israel berpendapat pencapaian Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memuaskan sementara 59 peratus lagi menyifatkannya buruk.
Satu kajian lain pula mendapati sokongan ke atas perdana mentyeri itu merudum teruk sejak beberapa minggu lalu dengan penurunan daripada 37 peratus kepada 32 peratus dalam hanya beberapa hari lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30
No comments:
Post a Comment