Kisah pascapeperangan bagi rakyat di bumi Gaza rupanya jauh lebih sedih berbanding episod berdarah sebelum ini. Duka bagi rakyat Gaza terus terasa apabila masing-masing pulang ke ‘rumah’ mereka. Tiada apa yang tinggal, hanya sisa runtuhan batu bata.
Di sebalik timbunan batu bata itu, ada gambaran sayu tatkala saya melihat insan-insan ini tidur di atas tilam lusuh berbumbungkan kanvas koyak selepas rumah mereka menyembah bumi.
Ringkas kata mereka menggunakan apa saja cebisan kain ataupun bendera sebagai bumbung bagi menghalang tubuh dibasahi embun atau panas mentari.
Perasaan saya bercampur baur. Sedih, menangis, hiba dan gembira. Saya sedih kerana rakyat Gaza terpaksa menempuh satu lagi fasa kehidupan yang memeritkan apabila mereka perlu hidup selepas lumpuhnya bandar Gaza.
Perasaan saya bercampur baur. Sedih, menangis, hiba dan gembira. Saya sedih kerana rakyat Gaza terpaksa menempuh satu lagi fasa kehidupan yang memeritkan apabila mereka perlu hidup selepas lumpuhnya bandar Gaza.
PENDUDUK mendirikan khemah serba kekurangan di depan bangunan rumah mereka yang musnah kini adalah pemandangan biasa di Gaza.
Namun, masih ada perasaan gembira apabila memikirkan bahawa suasana itu mungkin berubah sedekad dua lagi apabila satu persatu syarat terpaksa diikuti oleh Israel yang gentar dengan kebangkitan jihad penduduk Gaza.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment