- Mayat seorang lelaki dikeluarkan dari runtuhan masjid Al-Qassam yang musnah akibat serangan terbaharu Israel. Foto: AFP
Israel didakwa membedil Genting Gaza hanya beberapa jam selepas gencatan senjata singkat yang dikuatkuasakan, Selasa lalu berakhir.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra memaklumkan insiden serangan udara itu turut menyebabkan kira-kira 31 orang cedera.
"Lebih 50 lokasi di selatan dan utara dan selatan Gaza menjadi sasaran bedilan Israel. Situasi yang kembali memuncak itu menyebabkan ribuan penduduk di timur bandar Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka," jelasnya lagi dalam laporan - Al-Jazeera.
Sementara itu, sekurang-kurangnya dua terbunuh selepas pihak berkuasa Israel bertempur dengan lebih 2,500 penunjuk perasaan di Tebing Barat.
Protes anti-Israel turut diadakan di beberapa bandar lain termasuk Nablus, Jenin dan Ramallah.
Dalam perkembangan lain, rundingan untuk melaksanakan gencatan senjata kekal antara wakil Hamas dan Israel dilaporkan masih menemui jalan buntu.
Difahamkan, Israel cuba memboikot rundingan tersebut selepas Palestin berterusan menggesa mereka supaya menghentikan sekatan haram di Gaza dan membebaskan kira-kira 125 pejuang Hamas sebagai syarat untuk melaksanakan gencatan senjata kekal tersebut.
No comments:
Post a Comment