Sunday 10 August 2014

Penduduk Israel larikan diri


10 Ogos 2014


TEL AVIV - Hampir separuh daripada penduduk Israel yang tinggal berhampiran sempadan Gaza meninggalkan kediaman mereka sejak beberapa minggu lalu selepas mendakwa kononnya kawasan itu tidak lagi selamat untuk didiami.

Memetik laporan Press TV, ratusan keluarga mula meninggalkan gurun Negev, yang turut menjadi tarikan pelancong di kawasan utara negara tersebut manakala 21 peratus lagi penduduk sedang mempertimbangkan untuk berpindah.

Sehingga kini, kebanyakan kawasan kediaman masih lengang walaupun tentera Israel  memberi jaminan bahawa mereka boleh pulang semula ke rumah selepas gencatan senjata bersama Hamas tamat.

Difahamkan, rejim Zionis kembali melancarkan serangan ke atas Genting Gaza selepas gencatan senjata 72 jam berakhir dan lebih 1,900 nyawa penduduk Palestin telah terkorban manakala 9,500 yang lain cedera sejak 8 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment