Sunday, 10 August 2014

Ayat keramat warga Gaza


“Tanah ini tanah kami, bumi ini bumi Gaza, selagi bernyawa penduduk Gaza, kami akan mempertahankannya hingga lelaki, anak kecil atau orang tua terakhir.”
Ayat keramat. Meremang bulu roma saya ketika mendengar rangkaian perkataan berkenaan diucapkan oleh seorang lelaki pertengahan usia yang juga mujahidin. 
Ini sumpah mereka, sumpah untuk terus mempertahankan bumi Gaza berpaksikan perjuangan suci mereka menentang kezaliman rejim Zionis yang terus menindas penduduk Gaza. 

Hari ini, tamat sudah mimpi tenang penduduk Gaza, tempoh 72 jam gencatan senjata berakhir kelmarin, maka episod berdarah bumi Gaza terus terlakar dan Zionis terus menyembelih penduduk bumi ini.
Foto
WARGA Palestin menyusun kitab agama di masjid di kejiranan Zeitoun bandar Gaza selepas serangan tentera Zionis, semalam.

Namun, penduduk Gaza bersedia dengan kemungkinan itu, malah mereka tidak pernah mengimpikan hidup mereka akan terus tenang, sebaliknya sudah menjangka perkara berkenaan.

Ini cerita hari ini di bumi Gaza. Bunyi bedilan bom terus kedengaran, deruman enjin jet terus mengaum di angkasa raya Gaza. Saya tertanya-tanya, berapa ribu lagi angka korban yang akan tercatat. Berapa ramai lagi sahabat saya akan gugur bergelar syuhada. 

Kisah ini saya kongsi dengan lelaki separuh usia, Umar Abdillah, 53. Bapa kepada tiga anak ini ‘bersedia’ menghadapi kemungkinan paling buruk itu. Makanan disediakan secukupnya untuk berlindung di rumah. 

Inilah kisah unik rakyat Gaza, mereka tiada kubu bawah tanah untuk berlindung setiap kali bedilan Zionis, sebaliknya berlindung di rumah masing-masing, jika musnah rumah itu, tiadalah mereka. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

No comments:

Post a Comment