Sunday 10 August 2014

3 MASJID MUSNAH DIBEDIL

Foto
Warga Gaza menyelamatkan al-Quran dan buku agama dari Masjid Imam Hassan al-Banna yang rosak dibedil tentera Israel.
Foto
Penduduk Palestin berbasikal melalui bawah menara
masjid yang runtuh selepas bedilan Zionis.
 Israel ledak 40 bedilan, 5 maut 3 daripada mayat ditemui di celah runtuhan masjid

Bandara Gaza: Jet Israel melepaskan lebih 40 bedilan ke atas Gaza semalam, yang membunuh lima rakyat Palestin termasuk seorang anggota kanan Hamas, selepas tempoh gencatan senjata tiga hari gagal menemui jalan damai.
Kementerian Dalam Negeri Palestin berkata serangan Zionis itu memusnahkan tiga masjid, masing-masing satu di Nuseirat, Zeitoun dan Jabaliya.

Masjid hanya tinggal menara 

Bedilan di Nuseirat menyebabkan masjid Al-Qassam yang besar musnah sama sekali, dan hanya tinggal menara sahaja, kata jurugambar AFP.

No comments:

Post a Comment