• Hamas gesa Israel henti sekatan ke atas Gaza

GAZA - PALESTIN. Komander Tertinggi Sayap Tentera Hamas, Mohammed Deif menggesa Israel untuk menarik sekatan ke atas penduduk di bumi Gaza sebaik sahaja persetujuan gencatan senjata dimeterai kedua belah pihak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata lalu yang gagal sekali lagi akibat perselisihan antara kedua belah pihak.

Menurut pemimpin sayap tentera Hamas itu, kekejaman ke atas Gaza tidak akan terhenti selagi Israel tidak berundur dan berhenti mengepung penduduk dengan serangan udara.

Beliau juga melalui sebuah kenyataan semalam turut mendesak supaya sempadan negara dibuka bagi membolehkan penduduk Gaza untuk mendapatkan perlindungan di negara jiran.

Palestin terus bermandi darah apabila satu lagi serangan dilancarkan oleh Zionis ke atas bumi Gaza.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, lebih 100 nyawa penduduk terkorban dalam serangan, semalam menjadikan angka korban kini mencecah lebih dari 1000 orang.

Serangan dimulakan oleh rejim Israel di tanah Gaza telah bermula lebih tiga minggu yang lalu dan dilancarkan melalui serangan udara sebelum penduduk Gaza ditindas dan dibunuh oleh tentera darat Israel.

Serangan tersebut memusnahkan terowng yang digali pejuang Gaza dan turut membantutkan usaha Hamas bagu melancarkan roket ke Israel bagi serangan balas.