Thursday 31 July 2014

Israel tawar gencatan senjata empat jam


SEBUAH masjid di kem pelarian Shati, utara Gaza musnah akibat bedilan tentera Israel semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam menyatakan pihaknya akan menangguhkan bedilan di beberapa kawasan di Genting Gaza selama empat jam bermula pukul 3 petang (waktu Israel) untuk tujuan kemanusiaan, menurut satu kenyataan tentera.
Hamas bagaimanapun menyifatkan gencatan senjata satu pihak itu sebagai propaganda media kerana melibatkan kawasan yang terhad.
"Tentera Israel menguatkuasakan gencatan senjata sementara di Genting Gaza. Koridor kemanusiaan ini tidak melibatkan kawasan operasi semasa tentera kami," kata kenyataan rejim Zionis.
Terdahulu, bedilan meriam Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin yang berlindung di dalam sebuah sekolah di kem pelarian terbesar di Gaza terbunuh semalam.
Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan, kira-kira 3,300 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak sedang berlindung dalam bangunan sekolah itu di kem pelarian Jabaliya apabila mereka dibedil sekitar waktu subuh.
Setakat ini masih tidak jelas sama ada gencatan senjata kemanusiaan selama empat jam itu turut melibatkan Jabaliya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz392T7NrBK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment