GENTING GAZA 30 Julai - Sayap bersenjata pergerakan Hamas,
Briged al-Qassam menolak genjatan senjata dengan Israel melainkan sekatan yang dikenakan di sini selama tujuh tahun ditarik balik, lapor agensi berita, PressTV.
Komander briged, Mohammad Deif dalam satu rakaman audio stesen televisyen al-Aqsa semalam berkata, genjatan senjata tidak akan berlaku jika mereka tidak menyingkirkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.
Kemenangan akan menjadi milik kami. Tentera rejim Israel tidak akan berasa selamat pada masa rakyat Palestin menderita," katanya.
Tambah Mohammad, Hamas juga berkemampuan untuk menyerang balas di Tel Aviv berikutan serangan Israel yang tidak henti-henti ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu sehingga menyebabkan 1,200 penduduk Palestin terkorban.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140730/lu_07/Briged-al-Qassam-tolak-gencatan-senjata#ixzz38zbHzVDD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment