Thursday 31 July 2014

Zionis mengganas di hari raya


BEBERAPA orang remaja Palestin melihat kerosakan sebuah masjid di Gaza akibat dibom tentera Zionis.


BANDAR GAZA - Israel melancarkan serangan paling dahsyat ke atas Genting Gaza pada hari kedua sambutan Aidilfitri kelmarin mengakibatkan 56 penduduk Palestin terbunuh.
Rejim Zionis membedil infrastruktur utama di wilayah Palestin tersebut termasuk binaan yang menjadi simbol pentadbiran Hamas.
Beberapa pegawai Palestin berkata, kereta kebal Israel membedil loji janakuasa tunggal di Genting Gaza yang menyebabkan fasiliti tersebut terpaksa ditutup.
Tentera rejim turut membedil sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin di Gaza menyebabkan 15 orang terbunuh dan 90 orang lagi cedera.
Pertempuran itu berlaku ketika usaha diplomatik untuk mewujudkan gencatan senjata tergendala walaupun angka kematian di Palestin meningkat melepasi 1,200 orang kelmarin.
Setakat ini pejuang Hamas telah membedil 2,670 peluru berpandu ke arah Israel. Daripada jumlah itu, sebanyak 2,102 peluru berpandu tepat ke sasarannya manakala 513 lagi ditembak jatuh oleh rejim berkenaan.
Terdahulu, sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Aqsa menolak untuk mengadakan gencatan senjata sehingga semua permintaannya dipenuhi termasuk memansuhkan kepungan Israel ke atas Gaza.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz392dsDPtu 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment