GAZA: Tamat sahaja genjatan senjata yang dilanjutkan lima hari sehingga Selasa lalu, Israel melanjutkan semula serangan ke atas Gaza.
Bom-bom dan roket Israel meledak di kota Gaza bermula Selasa malam yang menyaksikan jumlah korban terus meningkat.
Serangan yang dimulakan pada 7 Julai lalu masuk hari ke-47 semalam menyaksikan angka korban syahid mencecah 2,049 dan 10,224 lagi cereda.
Tepat jam 1 pagi pada Rabu, pesawat-pesawat tempur Zionis menggempur wilayah utara Rafah. Beberapa warga Gaza cedera selepas kediaman mereka dibom di Timur Khan Younis.
Hamas mendakwa, serangan terbaru ini menunjukkan betapa Israel nekad untuk membunuh warga Gaza sehingga mengenepikan rundingan genjatan senjata yang sedang diusahakan kedua-dua pihak di Mesir.
Israel sebelum ini memanggil balik wakil perunding mereka di Mesir dengan menyalahkan Hamas.
Hamas bagaimanapun menyifatkan alasan Israel itu hanya sandiwara semata-mata untuk terus menyerang Gaza.
- HARAKAHDAILY 21/8/2014
No comments:
Post a Comment