Lebih 20 penduduk Palestin maut dalam serangan udara semalam. Foto: AFP |
GAZA - PALESTIN. Serangan udara di Deir el-Balah membunuh seorang wanita hamil, tiga kanak-kanak dan dua saudara lelakinya semalam.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, mangsa dikenali sebagai Rafat Aloah, 32, tiga anak-anaknya dan saudaranya, Muhammad.
Sejurus gencatan senjata tamat awal pagi kelmarin, Israel melancarkan serangan udara pertama menyebabkan ribuan penduduk Palestin melarikan diri dari rumah masing-masing dengan membawa beg pakaian, bantal dan tilam di Shejaiya, timur Gaza.
Ribuan penduduk di Zeitun dan Shaaf juga berbuat perkara sama dengan menuju ke sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan perlindungan.
Mereka dilihat berjalan kaki dan ada juga yang berasak-asak di dalam kenderaan termasuk kereta keldai.
Um Mohammed Bakrun, yang berjalan dengan adik perempuan dan empat anak berkata, selepas terdengar bunyi letupan, dia mengambil keputusan untuk membawa ahli keluarganya pulang semula ke sekolah UNRWA.
"Dua minggu lalu kami berlindung di sekolah itu dan kini kami kembali semula untuk berlindung," katanya dipetik Agensi.
PBB dalam satu kenyataan berkata, lebih 237,600 rakyat Palestin kini berada di 81 sekolahnya di sekitar Gaza.
Sementara itu, Mesir menggesa Israel dan Palestin meneruskan rundingan dan kesal di atas perlanggaran gencatan senjata di Gaza.
Serangan di Genting Gaza tengah malam kelmarin tercetus selepas roket Palestin menyerang balas serangan udara dilancarkan Israel.
Kementerian Luar Mesir menyatakan Kaherah masih berusaha untuk mendesak mereka menghormati gencatan senjata.
Menurut Sumber Sinar Harian, setakat jam 9 malam semalam, seramai 21 penduduk dilaporkan maut.

No comments:
Post a Comment