Mahmoud Abbas |
RAMALLAH - PALESTIN . Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin mengemukakan rayuan kepada negara antarabangsa selepas konflik antara Hamas dan Israel meningkat.
Mahmoud memaklumkan hasil pertemuan dengan pemimpin Hamas dan puak di Palestin menunjukkan mereka tidak mahu sebarang sengketa tercetus terutamanya ketika bulan Ramadan.
"Sudah tiba masanya, masyarakat antarabangsa terutamanya kuartet dan Majlis Keselamatan PBB memainkan peranan mereka untuk memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Palestin," tegasnya.
Ahad lalu, pemimpin gerakan Fatah itu turut menggesa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menubuhkan sebuah suruhanjaya antarabangsa berfungsi untuk melakukan siasatan terhadap sebarang perbuatan jenayah yang dilakukan ke atas penduduk Palestin, dipetik dari laporan Press TV.

No comments:
Post a Comment