Agensi Perkhidmatan Kecemasan Palestin berkata, lebih 300 penduduk turut cedera.
Antara yang terbunuh semalam ialah seorang pejuang serta enam kanak-kanak dan lima wanita, kata jurucakap perkhidmatan itu, Ashraf al-Qudra.
Tidak dapat dipastikan sama ada lima lagi yang terbunuh itu orang awam atau pejuang.
Tidak dapat dipastikan sama ada lima lagi yang terbunuh itu orang awam atau pejuang.
ORANG ramai membawa mayat seorang budak lelaki yang disahkan mati oleh pihak hospital akibat serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas rumah sebuah keluarga di Gaza, semalam.
Serangan paling buruk rejim Zionis semalam dilancarkan sejurus selepas tengah malam apabila satu peluru berpandu disasarkan pada sebuah rumah di Beit Hanun, bandar di utara Gaza, mengorbankan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Hafez Hammad dan lima anggota keluarganya, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak.
Dalam siri serangan lain di utara dan timur Gaza, dua lagi wanita dan empat kanak-kanak maut selepas dibom pesawat Israel.
Dua beradik, Mohammed Aarif, 13, dan Amir, 12 mati dalam serangan udara di Shejaiya, timur Gaza sementara satu lagi serangan di daerah Zeitun meragut nyawa Amina Malaka, 27, dan anaknya yang berusia 18 bulan, Mohammed.
Dalam pada itu, satu lagi serangan roket mengorbankan seorang lelaki, Sahar al-Masri, 40, dan anaknya Ibrahim, 14.
Di kawasan lain di Gaza seorang lelaki berusia 30-an tahun terbunuh dalam serangan udara pada awal pagi di bandar Rafah namun identitinya belum dikenalpasti.
Beberapa jam selepas itu sebuah pesawat melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah sebuah motosikal di bandar Beit Lahiya membunuh, Rafiq al-Kafarne 30, dan menyebabkan seorang lagi cedera parah.
Di pusat bandar Gaza, Mughraqa, pasukan perubatan mengeluarkan mayat warga emas berusia 80 tahun, Naifeh Farajallah dari runtuhan rumahnya yang dibom pesawat Israel.
Di kawasan yang sama, peluru berpandu yang dilancarkan Israel terus membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah dan kali ini di kem pelarian Nusseirat yang menyaksikan Abdel Nasser Abu Kweik, 60, dan anak lelakinya, Khaled, 31, terbunuh.
Keganasan kali ini adalah yang paling buruk sejak November 2012 dan berlaku ketika Israel kononnya cuba mengawal ketegangan ekoran pembunuhan remaja Palestin oleh pelampau Yahudi.
Sejak kelmarin, pesawat tentera Israel sudah mengebom 430 sasaran di Gaza dan pejuang Hamas membalas serangan dengan melancarkan 117 roket ke arah Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Hadera.
Setakat ini kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan.
Israel juga dilihat bersedia untuk melancarkan serangan darat dengan memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya. - AFP
No comments:
Post a Comment