Thursday 10 July 2014

38 maut serangan Israel


Jenazah kanak-kanak Palestin, Mohammed Malaka, 2, yang merupakan antara korban termuda kekejaman Israel, dibawa ke bilik mayat di Hospital al-Shifa di Gaza City, semalam. - AFP
BAITULMAQDIS 9 Julai - Tentera Israel melancarkan kira-kira 430 serangan ke atas Gaza sejak dua hari lalu ketika angka korban penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis itu meningkat kepada 38 orang termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita.
Semalam sahaja, pegawai tentera Israel, Jeneral Moti Almoz berkata, tentera udara rejim itu membedil 160 sasaran di Genting Gaza menyaksikan 120 pelancar roket dan 10 pusat kawalan milik pergerakan Hamas musnah dibedil, selain dua buah rumah penduduk Palestin dan sejumlah terowong ranap.
Sumber perubatan Palestin melaporkan, seorang penduduk yang sedang menaiki motosikal terkorban dalam serangan drone Israel di Beit Lahiya, awal hari ini, manakala seorang lagi yang cedera dirawat di hospital Kamal Odwan, utara Gaza.
Laporan laman web Aman Palestin yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza menjelaskan, seramai 200 orang ce-
dera akibat serangan ganas tentera Zionis Israel itu yang turut menjadikan rumah penduduk, masjid dan hospital sebagai sasaran.
"Kira-kira 40 rumah penduduk musnah akibat dibedil pesawat tentera Israel," kata laporan itu.
Menurut Aman Palestin, pergerakan Hamas bertindak balas dengan melancarkan lebih 130 serangan roket ke arah beberapa bandar Israel yang terletak di kawasan Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Hadera yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Gaza.
Tambahnya, serangan balas itu memaksa hampir lima juta penduduk Yahudi bertempiaran lari dan bersembunyi di lubang perlin-
dungan bawah tanah.
"Seramai tujuh askar Israel maut dan seorang lagi ditawan dalam pertempuran dengan pejuang Palestin," lapor laman web tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_04/38-maut-serangan-Israel#ixzz370uJdPUo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment