Thursday, 10 July 2014

Zionis ambil kesempatan Ramadan


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Julai 2014


SHAH ALAM - Dendam dan sengaja mahu ambil kesempatan faktor serangan rejim Zionis sehingga membunuh 28 penduduk Palestin kelmarin.

Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Selangor, Abd Aziz Abu Bakar berkata, serangan berpunca daripada dakwaan Hamas telah menculik dan membunuh tiga rakyat Israel.

“Sebenarnya berita penculikan tiga rakyat Israel yang dibunuh ini bukan berlaku di Gaza yang dikuasai Hamas tetapi berlaku di kawasan yang dikuasai oleh Fatah di Tebing Barat.

“Apa yang saya lihat tindakan mereka hanya  penyebab untuk memulakan serangan terhadap kawasan yang lebih mempunyai sistem ketenteraan dan rakyatnya pula tidak ramai dengan tujuan menguasai kawasan itu selepas gagal beberapa kali," katanya.

Katanya, Israel semakin tertekan selepas Hamas dan Fatah bersepakat membentuk kerajaan perpaduan yang dilihat bakal menyukarkan usaha mereka untuk menguasai wilayah Palestin.

“Sebelum ini, rejim Zionis meningkatkan tekanan terhadap penduduk Palestin dengan menyerbu dan merobohkan tempat tinggal mereka serta membunuh penduduk Tebing Barat.

“Namun wujudnya kelemahan kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah kerana tiada suara lantang mengutuk kekejaman Israel,” katanya.

Katanya, pergolakan yang berlaku tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan meminta seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Menurutnya, tentera Israel mengambil kesempatan bulan Ramadan untuk membunuh rakyat tidak berdosa.

“Serangan bermula seawal subuh hingga waktu maghrib di mana kebanyakan umat Islam berada di rumah untuk bersahur serta berbuka puasa.

Aziz berkata, selain menyasarkan orang awam, tentera Zionis turut menyerang dua masjid serta sebuah hospital.

No comments:

Post a Comment