KAHERAH 2 Sept. - Mesir semalam mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah di Tebing Barat dan berkata langkah itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan penghalang kepada usaha-usaha berdamai antara Palestin dan Israel.
Kelmarin, Israel berkata pihaknya akan merampas 400 hektar tanah Palestin di Baitulaham dan membenarkan 45 hari membuat rayuan.
"Ini bukan satu langkah positif dan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan akan mempunyai kesan negatif ke atas proses damai," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar di Kaherah. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140902/lu_04/Mesir-kutuk-rancangan-Israel-rampas-tanah-Palestin#ixzz3C6KBLidP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment