Sebuah tulisan dalam bahasa Hebrew yang diterbitkan di laman web tentera Zionis telah mendedahkan mengapa mereka membunuh As-Syahid Raed Al-Attar.
Tulisan asal oleh Shimon Aifregon.
Tulisan itu telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh Eid Musleh Abu Ubaidah.
Terjemahan dari Bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Unit Media Aman Palestin.
Selepas 9 kali percubaan membunuh Raed Al-Attar berakhir dengan kegagalan, tibalah akhir hayatnya pada cubaan membunuh kali ke 10.
Siapakah Raed Al-Attar?
Siapakah Raed Al-Attar?
Apakah peranannya dalam Briged Al-Qassam?
Apakah kepentingan untuk membunuhnya?
Siapakah yang akan menerima nasib yang sama sepertinya selepas ini?
Raed Al-Attar adalah ketua kepada projek pembinaan terowong di Semenanjung Gaza. Dikenali sebagai pemilik 7 nyawa, tetapi akhirnya nyawa itu bertemu dengan penghujungnya.
Pada November 2012, sebuah serangan bom udara telah dilancarkan mensasarkan sebuah kereta. Ramai orang menyangka ia adalah sebuah operasi serangan bom yang biasa seperti sebelum ini, tetapi selepas beberapa ketika, jelaslah bahawa serangan itu telah disasarkan khusus untuk membunuh Ketua Umum Briged Al-Qassam, Ahmad Al-Ja’bari, manakala penolong kanannya terselamat dari serangan tadi. Dia lah Raed Al-Attar.
Al-Attar telah menyertai Al-Ja’bari pada operasi menculik tentera Israel, Ghilad Shalit. Ketika pembunuhan Al-Attar, beliau merupakan ketua bagi briged yang bertugas di wilayah Rafah. Dia telah dikenali sebagai anggota tertinggi Majlis Ketenteraan Al-Qassam dan ketua bagi projek pembinaan terowong bawah tanah. Seluruh briged telah bernaung di bawahnya bagi pembinaan terowong itu.
Pada tahun-tahun terakhir sebelum pembunuhannya, dia telah menjadi ketua bagi operasi-operasi penting HAMAS di kawasan Utara.
Gelaran Al-Attar ialah Abu Aiman, berumur 40 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai beberapa orang anak.
Al-Attar telah dipertanggugjawabkan untuk operasi penting dalam membantu Al-Ja’bari menjalankan operasi penculikan Ghilad Shalit untuk ditebuskan dengan tawanan-tawanan Palestin yang dipenjara oleh Israel. Al-Attar telah melihat perkara ini sebagai operasi yang paling utama dalam operasi jihad. Perkara yang diyakininya ialah, jika tidak cukup seorang askar Israel untuk ditebus dengan tawanan-tawanan Palestin, maka kita perlu culik sejumlah tentera Israel pada masa akan datang.
Perisik di Mesir sangat benci dengan Al-Attar dan sangat mahu dia dibunuh kerana Al-Attar bertanggungjawab dalam mengetuai operasi penyeludupan senjata melalui terowong bawah tanah di sempadan Mesir. Mesir telah berulang kali meminta kepada HAMAS untuk menyerahkan Al-Attar kepada pihak berkuasa Mesir, tetapi tidak berjaya, sehinggalah sampai satu masa mereka telah berputus asa.
Kehidupan Bawah Tanah
Pada tahun-tahun terakhir kehidupannya, Al-Attar menghabiskan masanya di terowong bawah tanah. Dari situlah dia menguruskan dan merancang setiap operasinya. Dia tidak keluar dari terowong kecuali pada waktu siang. Pada waktu itulah peluang untuk membunuhnya. Pada hari-hari terakhirnya, beliau telah menguruskan operasi pertempuran dengan tentera Israel melalui terowong bawah. Oleh sebab itu, satu arahan telah dikeluarkan untuk menumpukan serangan ke atas pembunuhan ketua-ketua Al-Qassam dengan menyerang markas tentera yang berada di sempadan serta mengebom rumah-rumah mereka ketika mereka berada di dalam rumah.
Al-Attar dikenali sebagai perancang strategi bagi operasi-operasi besar di kawasan Utara, yang mana sebahagian kecil daripadanya telah digagalkan oleh Shin Bet (Israel Security Agent).
Pada tahun 2012, Al-Attar telah menghantar sebuah pasukan komander untuk menjalankan operasi tembakan roket di lembah Arava dan Jalan 12 yang dikenali oleh orang ramai. Selain itu juga untuk menembak roket Grad ke bandar Eilat dan pusat simpanan gas serta menembak roket ke arah pantai-pantai Israel.
Objektif operasi ini adalah untuk menculik seorang tentera Israel yang terpisah daripada kumpulannya, tetapi unit Shin Bet telah menggagalkan operasi ini, malah menangkap kesemua anggota operasi tersebut.
Objektif operasi ini adalah untuk menculik seorang tentera Israel yang terpisah daripada kumpulannya, tetapi unit Shin Bet telah menggagalkan operasi ini, malah menangkap kesemua anggota operasi tersebut.
Dua tahun sebelum itu, Al-Attar telah menghantar dua pasukan ke dalam kawasan musuh untuk menculiknya dan membawanya melalui Semenanjung Sinai ke Gaza. Satu pasukan lagi untuk melakukan pengeboman berani mati. Tetapi mereka semua telah tertangkap oleh unit Shin Bet di Kibbuts.
Al-Attar ialah orang yang mengiring Al-Ja’bari ketika menyerahkan tawanan Ghilad Shalit.
Maklumat risikan Israel mendapati Al-Attar ialah orang yang bertanggungjawab secara langsung dalam pembunuhan puluhan tentera Israel dan mencederakan ratusan yang lain. Dia juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi penyeludupan senjata dari Sudan dan Libya ke Gaza melalui Sinai. Daripada operasi inilah mereka mampu menyimpan kuantiti roket yang banyak untuk masa akan datang.
Pemilik 7 nyawa.
Pelbagai cara dan cubaan membunuh telah gagal dilakukan ke atas Al-Attar dan kebanyakan kejadian, dia berjaya melepaskan diri pada saat-saat terakhir seperti yang telah berlaku pada serangan yang membunuh Al-Ja’bari. Mereka berkata, mereka telah mendapati Al-Attar bersama dengan Al-Ja’bari, tetapi disebabkan perkiraannya yang peka dan pantas, dia telah berjaya meloloskan diri.
Dua tahun sebelumnya, sebuah pasukan khas telah dibentuk oleh tentera Israel untuk menculiknya, tetapi dia telah berjaya melarikan diri pada saat-saat akhir melalui salah sebuah terowong yang berada di Rafah.
Al-Attar tidak tidur di rumahnya, bahkan dia tidur hanya sekejap sahaja pada waktu malam, begitulah yang dikatakan oleh seorang pegawai tertinggi tentera Israel yang mengetuai briged di kawasan Utara. Dia berkata, Al-Attar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan melakukan serangan balas terhadap setiap serangan dengan amat pantas seperti sebuah spring. Al-Attar juga kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain pada setiap detik dan sentiasa berada dalam keadaan tersembunyi dan susah untuk mengesannya. Hanya sedikit sahaja orang yang bertemu dengannya.
Sejak awal peperangan lagi, Al-Attar telah menjadi target utama bagi unit Shin Bet dan beberapa kumpulan khas yang dibentuk. Kami mengikuti setiap jejak langkahnya dan menantikannya melakukan kesalahan yang kecil. Akhirnya semalam, kami berjaya membunuhnya dan berakhirlah tugas kami.
Shin Bet (Israel Security Agent) telah berkata, kami akan sampai kepada semua pimpinan Al-Qassam ketika mana kami mendapati peluang. Al-Attar adalah satu pembunuhan yang besar bagi kami dan kami telah menunggu peluang ini sejak tempoh masa yang lama. Di hadapan kami sekarang ialah Muhammad Al-Dheif yang akan ditentukan nasibnya dalam masa beberapa hari lagi. Terdapat juga nama lain yang hanya menunggu pengakhirannya seperti Aiman Seyam, ketua unit tembakan roket, Marwan Abu Isa, yang telah menjadi timbalan kepada Al-Ja’bari sebelum ini dan timbalan kepada Muhammad Al-Dheif sekarang. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap bekalan logistik dan keperluan bahan mentah peralatan perang. Selain itu juga, sasaran kami ialah Ismail Haniyeh, iaitu ketua HAMAS di Gaza.
Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO
http://on.fb.me/1zoCkpO
Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html
No comments:
Post a Comment