Wednesday 30 July 2014

Rumah pemimpin Hamas dibom

FotoWarga Palestin berjalan dekat runtuhan rumah pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh yang ranap akibat serangan Israel di Gaza semalam.

  Kediaman Ismail Haniyeh ranap dibedil peluru berpandu Israel

Bandaraya Gaza: Serangan bertubi-tubi pesawat tentera Israel meranapkan rumah pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Gaza semalam selain merosakkan pejabat stesen televisyen satelit Hamas Al-Aqsa, memusnahkan masjid dan beberapa pejabat kerajaan.

Serangan itu dilakukan ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa pada Ramadan. Sekurang-kurangnya 100 terkorban pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Gaza, semalam.

Pegawai di Kementerian Kesihatan Hamas Ashraf al-Kidra berkata, lebih 1,156 warga Palestin terbunuh dan lebih 6,500 cedera sejak 8 Julai lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 75 peratus yang terbunuh adalah penduduk awam.

No comments:

Post a Comment