Satu-satunya stesen janakuasa yang ada di Gaza juga rosak teruk semalam apabila tentera Israel melakukan 60 serangan udara menyasarkan tapak yang ada kaitan dengan kumpulan Hamas.
Suasana malam di Gaza juga terus diterangi nyalaan suar ketika tentera Zionis melancarkan serangan dari udara, laut dan darat.
Ketika pagi menjelma kepulan asap hitam jelas dilihat di sekitar Gaza City.
Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Gaza, termasuk kemungkinan ada antaranya adalah kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Gaza, termasuk kemungkinan ada antaranya adalah kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
LELAKI ini mencium dahi seorang daripada lapan anaknya yang maut dalam serangan malam kelmarin di rumah mayat Hospital Shifa.
Jurucakap tentera Israel berkata, apa yang berlaku semalam membayangkan “peningkatan tekanan secara berperingkat” ke atas Hamas.
Kelmarin sebuah taman awam sebuah kem pelarian dan klinik pesakit luar Hospital Shifa menjadi sasaran bom Israel, menyebabkan kematian seramai 46 orang.
Di taman itu saja sekurang-kurangnya 10 maut dengan 9 daripadanya kanak-kanak yang sedang bermain buaian di kem pelarian Shati di pinggir Gaza City.
Serangan itu berlaku hanya beberapa minit selepas klinik pesakit luar Hospital Shifa digegarkan dengan letupan bom dan mencederakan beberapa orang.
Kru kamera dilarang merakamkan kesan serangan itu.
Pegawai polis Gaza berkata, serangan itu dilakukan tentera Zionis Israel namun Tel Aviv menafikannya, malah menuding jari kepada “pengganas.” Setiausaha Agung PBB menyatakan kebimbangannya terhadap laporan tentera Israel menggugurkan risalah untuk memberi amaran kepada penduduk utara Gaza supaya berpindah ke lokasi lain.
“Agensi PBB tidak mempunyai sumber membantu kebanjiran penduduk Gaza yang berpindah dari kawasan berkenaan,” katanya.
Pegawai kerajaan berkata sekurang-kurangnya 1,115 orang - kebanyakannya orang awam - terbunuh sejak konflik terbaru Hamas - Israel bermula pada 8 Julai lalu.

Di pihak Israel pula seramai 53 tentera Zionis dan tiga orang, termasuk satu warga Thailand, awam maut.
Jurucakap agensi bantuan PBB Chris Gunness berkata sejumlah petugas kemanusiaan di Gaza maut.
Ketika ini PBB mengendalikan 82 pusat perlindungan yang menempatkan 182,,604 penduduk Palestin di Gaza.
Sementara itu sebuah rumah yang pernah didiami Perdana Menteri Ismail Haniyeh ranap terkena bom semalam.
Namun Ismail berkata, runtuhan itu tidak akan mematahkan semangat pejuang Hamas untuk terus melancarkan penentangan bagi membebaskan Palestin.
Selain rumah Ismail, sembilan bangunan, tiga masjid dan empat kilang musnah disasar Israel.
Turut dibom, stesen televisyen dan radio Hamas serta bangunan kerajaan.
Kementerian Kesihatan Hamas pula berkata, tujuh keluarga “lenyap” dalam serangan semalaman kelmarin.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30Sementara itu sebuah rumah yang pernah didiami Perdana Menteri Ismail Haniyeh ranap terkena bom semalam.
Namun Ismail berkata, runtuhan itu tidak akan mematahkan semangat pejuang Hamas untuk terus melancarkan penentangan bagi membebaskan Palestin.
Selain rumah Ismail, sembilan bangunan, tiga masjid dan empat kilang musnah disasar Israel.
Turut dibom, stesen televisyen dan radio Hamas serta bangunan kerajaan.
Kementerian Kesihatan Hamas pula berkata, tujuh keluarga “lenyap” dalam serangan semalaman kelmarin.- Agensi
No comments:
Post a Comment