Tentera Israel menahan dua penduduk Palestin yang membantah pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat. |
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra yang dipetik agensi berita Ma'an sebagai berkata, dua pemuda itu ditembak pada bahagian kaki di kawasan kejiranan Absan pada Jumaat.
Sementara itu menurut Press TV, seorang jurucakap tentera Israel berkata pihaknya tidak menyedari insiden berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin di perairan pantai al-Sudaniya berhampiran Gaza City, Khamis lalu.
Tembakan itu dilepaskan meskipun Tel Aviv bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan mengembangkan zon nelayan di pantai Gaza yang dipersetujui pada 26 Ogos lalu.
Sebelum ini, dua nelayan Palestin ditembak mati pada 1 September lalu.
No comments:
Post a Comment