The New York Post memetik kata-kata Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.
Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika diberikan trilionan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center.
Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan.
Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta: Pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.
Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.
16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”.
Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan damai.
Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.
Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran undang-undang oleh pendatang haram Yahudi.
Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayah oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk tembok pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan “nilai-nilai” Amerika.
16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.
Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.
Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”.
Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.
Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel.
BACA INI JUGA: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia
Sumber: Amekaw.com
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2012/12/benarkah-israel-akan-lenyap-10-tahun.html#ixzz3V6cL4JVf
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
No comments:
Post a Comment