Sunday, 22 March 2015

Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya




"Kalau pembantaian itu tidak pernah ada, lalu mengapa Eropah menyokong pendirian negara Israel di atas tanah Palestin dengan alasan bangsa Israel tertindas pada Perang Dunia Kedua," ucap Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Republik Iran.

Kenyataan keras Presiden Iran tentang Zionis ini mengundang kemarahan para pemimpin Eropah khususnya Canselor Jerman, Angela Merkel yang mengatakan: "Sebagai Canselor dan dalam pandangan tanggungjawab sejarah, saya hanya ingin mengatakan bahawa kami menentang hal ini dalam bentuk yang paling keras dan kami akan melakukan apa saja yang mungkin untuk menjelaskan bahawa tidak boleh ada ancaman apa pun bagi hak Israel untuk wujud dan kita harus mengambil pandangan yang realistik tentang sejarah dan hal itu termasuk tanggungjawab Jerman".

Holocaust atau peristiwa pembantaian enam juta Yahudi Eropah pada Perang Dunia Kedua bagi kebanyakan orang adalah sebuah fakta sejarah yang tidak boleh dibantah.


Namun, tidak kurang dari sejarawan sehebat Robert Faurisson dan Roger Garaudy yang menulis The Founding Myth of Israeli Politics, harus menanggung hukuman dan denda diatas tulisan mereka yang mengungkapkan fakta disebalik Holocaust, antara lain, Garaudy dan Faurisson berhujah: "Tidak mungkin ada enam juta orang Yahudi pada zaman itu. bahkan, jumlah korban dari bangsa Eropah sendiri dalam Perang Dunia Kedua sesungguhnya jauh lebih besar daripada bangsa Yahudi".

Upaya untuk mengungkapkan kebenaran Holocaust memang memerlukan usaha keberanian yang sangat besar. Ketika ini, sejarawan Inggeris, David Irving sedang ditahan di Austria dan menunggu proses pengadilan mahkamah terhadapnya.

"Kejahatan" yang dilakukan Irving adalah mengingkari fakta Holocaust. Begitu juga yang berlaku kepada Gatson Amadeus, wartawan Switzerland; George Ashley, seorang guru asal Amerika dan Dr. Joel Howard, seorang pensyarah dari New Zealand. Mereka harus menjalani hukuman atas keberanian mereka menentang fakta adanya Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pada dekad 1980-an, organisasi antarabangsa Zionisme telah menyusun undang-undang yang bertujuan untuk mencegah terhapusnya peristiwa Holocaust dari sejarah.

Pada Julai 1990, undang-undang ini disahkan oleh kerajaan Perancis. Dalam undang-undang ini dinyatakan bahawa segala bentuk keraguan terhadap adanya Holocaust itu sendiri atau keraguan atas jumlah kematian (enam juta orang) dalam peristiwa itu, atau adanya keraguan tentang adanya 'bilik pemanggang' Nazi untuk membunuh orang Yahudi, dinilai sebagai tindakan jenayah dan dijatuhi hukuman penjara antara sebulan hingga 12 bulan serta denda 2,000-3,000 Franc.

Atas tekanan dan lobi Zionis, undang-undang serupa berlaku di Amerika Syarikat, England dan negara-negara Eropah lainnya.

Sebenarnya sudah ada beberapa buah buku yang ditulis penulis asal Yahudi sendiri yang bersikap objektif dan adil dalam melihat isu Holocaust walaupun tidak 'bebas' sepenuhnya.

Antaranya: Michael Cohen dengan The Origins and Evolution of The Arab-Zionist Conflict (1987); Idith Zertal dengan From Catastrophe to Power: Holocaust Survivors and The Emergence of Israel (1998); Martin Sioker dengan Between Hashemites and Zionist: The Struggle for Palestinians (1989).

Namun penulisan-penulisan seumpama ini belum cukup 'kuat' unuk membentuk pandangan baru global kerana tekanan-tekanan yang dihadapi.

Namun, ada fakta menarik yang pernah tersiar dalam akhbar Keyhan Times yang terbit di Teheran. Fakta itu menegaskan Holocaust memang ada!

Artikel itu mengatakan: "Holocaust bermakna pembunuhan 'massa' dengan cara membakar hidup-hidup para korban dan sebahagian pakar bahasa mengatakan bahawa asal perkataan ini bermula daripada kejadian pada abad ke-6 di Yemen.

Ketika itu, Dinasti Himyarite menakluk Kerajaan Saba' di Yemen. Seorang raja bernama Dzu Nuwas, mengubah agama rasmi kerajaan menjadi Yahudi yang sebelum itu Kristian.

Dalam rangka tujuan ini, Dzu Nuwas melakukan pembantaian massa terhadap orang Kristian yang masih berkeras memeluk agama mereka.

Diceritakan bahawa pada peristiwa itu, Dzu Nuwas duduk di istananya dengan dikelilingi para pendeta Yahudi. Dihadapan mereka ada kayu-kayu bakar yang telah disusun dan api pun menyala sehinggalah terbentuk unggun api yang sangat besar.

Tidak jauh dari tempat itu, orang-orang Kristian termasuk kanak-kanak dan wanita-wanita tua dan muda dikumpulkan dengan tangan terikat.

Suara jeritan menyayat hati 'melambung' ke udara. Lalu Dzu Nuwas mengeluarkan perintah dengan suara keras dan orang Kristian Yemen itupun terbakar hidup-hidup.

Ya, Holocaust memang pernah terjadi iaitu pembakaran hidup-hidup orang Kristian Yemen. Namun bezanya, Holocaust yang disebut-sebut menimpa orang Yahudi dijadikan alasan untuk membantu mereka mendirikan sebuah negara khusus Yahudi demi mencegah berulangnya sejarah.


Dengan kata lain, agar orang Yahudi dapat hidup aman, perlu dirikan sebuah negara khusus. Pada mulanya, kawasan yang menjadi pilihan ialah Ethiopia dan Argentina.

Namun, kedua-dua wilayah ini kurang strategik dan muncullah Palestin sebagai pilihan. Apatah lagi Palestin memiliki sejarah panjang yang sangat sesuai bagi justifikasi terdirinya negara Israel di wilayah itu.

Orang Yahudi pada zaman dulu kala pernah tinggal disana dan kemudian terusir lalu hidup merata di pelbagai belahan dunia. Bahkan disebut-sebut, dulu ada kuil Sulaiman milik bangsa Yahudi yang kini diatasnya telah dibangunkan Masjid Al-Aqsa.

Lalu bermulalah sejarah pahit bagi bangsa Palestin. Pada masa akhir penjajahan Inggeris di Palestin telah datang orang-orang Yahudi (perlu dibezakan antara Yahudi murni dan Yahudi Zionis yang merancang penubuhan Israel) yang merampas atau membeli secara paksa tanah milik orang-orang Palestin. Setelah Inggeris meninggalkan Palestin pada 1948, Yahudi Zionis mengistiharkan terdirinya negara Israel.

Itulah sebabnya, segala bentuk penindasan dan 'teror' yang dilakukan Israel termasuk propaganda global untuk menyokong Zionisme dan mencitrakan bangsa Palestin sebagai teroris sehingga kini tidak pernah dapat memadamkan api dan semangat perjuangan bangsa Palestin.

Yahudi Zionis merupakan satu logika penting, kalau benar mereka menjadi korban Holocaust tentera Nazi Jerman, mengapa yang harus menanggung keperitan itu adalah bangsa Palestin dan tanah air mereka yang dirampas.

-Hamidi7884.net


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2012/11/inilah-sejarah-holocaust-yang-sebenarnya.html#ixzz3V6c1bLeY
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

No comments:

Post a Comment