Tuesday, 10 February 2015

Pelajar protes pengepungan Gaza


10 Februari 2015


GENTING GAZA - PALESTIN. Puluhan pelajar universiti di Genting Gaza bertindak melemparkan diploma mereka ke dalam Laut Mediterranean sebagai membantah pengepungan berterusan Israel ke atas wilayah Palestin.

Pengepungan itu sekali gus menghancurkan harapan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara selepas mereka tidak dapat ke luar disebabkan penutupan sempadan Rafah dengan Mesir.

Menurut Press TV, salah seorang pelajar memberitahu, keyakinannya terhadap manusia dan majlis hak asasi telah hilang memandangkan masalah itu sehingga kini gagal diselesaikan.

Difahamkan, pelajar turut menggesa masyarakat antarabangsa terutama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk memenuhi tanggungjawab mereka dalam menangani masalah itu.

Lebih 25,000 pesakit dan pelajar kini berada dalam senarai menunggu untuk menggunakan sempadan Rafah bagi mendapatkan rawatan perubatan serta melanjutkan pelajaran.

No comments:

Post a Comment