BERLIN – Bilangan golongan anti-Yahudi dan Israel di Jerman kian meningkat sejak beberapa bulan lalu berdasarkan satu kajian yang mendapati lebih seorang daripada empat responden menyelar tindakan rejim Zinois terhadap penduduk Palestin.
Kajian oleh Yayasan Friedrich Ebert itu menunjukkan bilangan golongan anti-Yahudi di Jerman meningkat sejak beberapa dekad lalu.
Keputusan itu diperoleh berdasarkan respons negatif responden terhadap bangsa Yahudi susulan perang antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza antara Jun hingga September lalu.
Dalam perang 50 hari di Gaza itu, lebih 2,100 rakyat Palestin terbunuh berbanding kematian 67 askar dan enam penduduk Israel.
Sebanyak 18 peratus responden menyatakan tindakan Israel di Gaza merupakan satu penganiayaan terhadap penduduk Palestin.
Angka itu mencatat peningkatan berbanding kurang 8 peratus yang berpendapat demikian pada Jun lalu.
Sementara itu, kajian sama menunjukkan sebanyak 27 peratus penduduk Jerman bersetuju bahawa tindakan Israel itu menyamai kekejaman Parti Nazi yang melaksanakan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Keputusan kajian itu dikeluarkan seminggu selepas Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier memberi amaran kekejaman Israel di Gaza telah meningkatkan kebencian dalam kalangan rakyat Jerman terhadap rejim Zionis. – Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Jjx0968A
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment