Saturday, 22 November 2014

Polis Israel tangkap 14 rakyat Palestin


Menurut Jawatankuasa Tahanan Palestin, sekurang-kurangnya 380 rakyat Palestin ditahan Israel sejak tiga minggu lalu. - Foto: AFP
Menurut Jawatankuasa Tahanan Palestin, sekurang-kurangnya 380 rakyat Palestin ditahan Israel sejak tiga minggu lalu. - Foto: AFP
22 November 2014


BAITULMAQDIS - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 14  rakyat Palestin ditangkap pihak berkuasa Israel dalam serbuan di kediaman mereka di Tebing Barat, semalam.

Menurut saksi, polis Israel mengepung kawasan kejiranan di Khallet al-Ein, al-Dhaer serta Beit Ummar sebelum memecah masuk serta menculik penghuninya dipetik laporan Press TV.

Polis Israel turut menahan enam yang lain di kem pelarian al-Fawwar di bandar Surif dan perkampungan Deir Samet.

Baki penduduk Palestin yang ditahan adalah di sekitar timur Baitulmaqdis.

Difahamkan, penahanan tersebut adalah bagi mencari individu yang disyaki merancang untuk membunuh Menteri Luar, Avigdor Lieberman dengan roket anti kereta kebal ketika beliau memandu ke kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Agensi keselamatan Shin Bet Israel kelmarin mengumumkan mereka berjaya mengenal pasti tiga daripada tahanan terbabit sebagai anggota Hamas dan ketika disoal siasat mereka mengaku merancang pembunuhan berkenaan.

Percubaan rancangan itu didakwa dilakukan oleh Hamas ketika peperangan di Gaza pada Julai dan Ogos lalu. 

No comments:

Post a Comment